Penyanyi, Iman Troye menafikan dakwaan laporan polis yang dibuat kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri adalah gimik semata-mata.
Menurut OhBulan!, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabuddin menjelaskan hubungannya bersama Aliff memang tidak baik sejak awal lagi.
Saya memang betul-betul tak buat gimik. Sebenarnya saya nak bergurau dengan dia, tapi mungkin dia terasa hati dengan video suara yang saya stitch di TikTok dan dari situlah semuanya bermula.
Saya dengan Datuk Aliff memang tak okey dari awal. Pada mulanya saya sangka dia pun bergurau, tapi bila buat live, memang betul bergaduh.
Bukan pertama kali selisih faham
Penyanyi itu turut menjelaskan ini bukanlah kali pertama mereka berselisihan faham.
Sebelum ini pun kami pernah salah faham, termasuk isu potong adegan pakai baju renang dalam muzik video sebab nak jaga nama baik semua orang.
Buat laporan polis untuk persiapan diri
Iman membuat laporan polis sebagai persiapan diri sekiranya usahawan itu mengambil tindakan lanjut selepas berlaku perbalahan berkenaan lagu raya.
Walau bagaimanapun, penyanyi itu telah menarik semula laporan itu selepas berbaik dengan usahawan tersebut.
Saya buat laporan polis sebab saya tahu Datuk Aliff akan ambil tindakan, jadi untuk selamatkan diri saya, saya cuma buat persiapan sahaja.
Tapi akhirnya saya fikir nak berbaik dengan Datuk Aliff adalah mengajaknya untuk buat lagu raya bersama. Saya dan pihak pengurusan pun berbincang cara terbaik untuk ‘tawan’ hati dia.
Ada hasrat nak berduet
Dalam pada itu, penyanyi itu turut mendedahkan usahawan itu pernah menyatakan hasrat untuk berduet dengannya.
Salah seorang bekas pekerja Datuk Aliff yang kini bekerja dengan syarikat saya ada beritahu Datuk Aliff nak keluarkan lagu raya, dia memang nak duet dengan saya.
Jadi saya pun cuba pujuk dia dan akhirnya dia setuju. Tapi saya rasa yang banyak membantu kami berbaik semula adalah Datin Shida.
Namun, penyanyi itu tidak menolak bahawa perkara itu menyumbang kepada kenaikan jumlah tontonan muzik video raya mereka.
Sebelum ini, Iman membuat laporan polis selepas bergaduh dengan Aliff dalam satu siaran langsung di TikTok dan pergaduhan tercetus akibat Iman mengatakan dia tidak bersetuju sekiranya Aliff mahu mengeluarkan lagu raya.