Terdahulu, terdapat artikel yang memaklumkan bahawa kerjaya penyanyi Iman Troye dikategorikan sekadar suam-suam kuku pada awal kemunculannya dalam industri seni suatu ketika dahulu.
Namun, telahan tersebut meleset sama sekali apabila karier Iman kini dilihat semakin memuncak naik dan kemilau populariti terus seiring dalam perjalanan seninya.
Menurut penyanyi berusia 19 tahun itu, dia mengakui kadangkala berasa takut kerana tidak tahu apa sebenarnya pandangan orang terhadapnya susulan pengaruh yang diraihnya dalam masa singkat.
Sebagai manusia, saya juga banyak buat silap tetapi saya cuba belajar daripada kesilapan dan menjadi lebih baik berbanding sebelum ini.
Tambah Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, dia sejujurnya tidak mampu untuk menutup mulut orang ramai dan hanya terima dengan berlapang dada apabila berhadapan dengan kritikan netizen.
Iman mengakui bahawa tipulah kalau dia tidak terasa dengan kata-kata yang dilemparkan netizen terhadapnya, lebih-lebih lagi mengenai mutu vokalnya namun dia bukan jenis yang suka memendam lama.
Bersyukur juga sebab jika kita buat salah dan ada orang tegur, maknanya mereka masih menyayangi saya.
Sekadar info, Iman kini sekali lagi berjaya meriah tumpuan ramai dengan lagu ketiganya berjudul Nang yang memecah rekod baharu dengan sejuta tontonan dalam masa enam hari.
Iman memaklumkan bahawa bukan mudah untuk membawakan lagu berirama tradisional campuran moden seperti Nang ini tetapi dia sukakan cabaran dan ingin memastikan pendengar seronok dengan karya ketiganya ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.