February 6th, 2019

Selepas dihimpit kontroversi hangat gara-gara foto tidak berhijab dan seksi yang tersebar, pelakon Emma Maembong yang sudah berhijab selama hampir lima tahun mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung sejak tiga hari lalu.

Emma menegaskan tindakan beliau itu tiada kena-mengena dengan kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini dan keputusan itu dibuat kerana imannya belum cukup kuat untuk terus istiqamah menutup aurat.

Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada. Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Tindakan membuka tudung bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.

Cuma dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka.

Dalam pada itu, Emma menafikan dakwaan beliau bertudung sebelum ini adalah kerana ingin mengusahakan perniagaan tudung.

Perniagaan tudung dibuat ketika saya belum lagi menutup kepala. Secara peribadi, saya suka membeli tudung dan selendang, malah mempunyai sedikit bakat melukis, termasuk menjadikan tudung sebagai kanvas lukisan.

Niat untuk terus berubah dan kekal istiqamah memang bukan mudah dan akan dilanda pelbagai dugaan. Pastinya Emma sudah bersedia dengan apa sahaja risiko termasuk dikecam apabila membuat keputusan untuk membuka tudung. Apa-apa pun, kita janganlah mudah menghukum beliau dan berdoa agar satu hari nanti beliau akan diberikan kekuatan dan kesedaran untuk kembali berhijab.

Sumber Berita : BH ONLINE


80 responses to “Iman Tidak Kuat, Emma Maembong Sah Buka Tudung”

  1. Emma awak tu celebrity. Masa u first pakai tudung aku dh ckp nape lah cepat norr ko pakai tudung. Dh la muda lagi buat sabor sabor la dlu nk bertudung. Celebrity nama pun celebrity n artist kalau nk bertudung litup bagai jgn jadi celebrity. Betol x. At least cntik la skit org tgk ko tu muda belia lagi. Jgn la jadi pompuan pompuan.kampung mulot jahanam kekonon pakai la tudung kubur kata mari la menda la padahal membaca blog gossip x abis abis.. Membawang x abis abis. Dasar pompuan tudung busuk pemgotor duk mengata org. So emma just be urself. Mmg la mati bila bila tp ko tu celebrity. Siti nurhaliza pon puas dh free hair pakai serkup pakai jala ikan la last bru bertudung penuh kena lah umor dh 40an. Ko muda lagi.

  2. umairah says:

    inilah expectation utk org mcm ni.

  3. iman ku goyah bang says:

    sebenarnye seks tu sedap…ooopppssss

  4. Hancing says:

    apa susah emma,join la Pakatan Hancing,kawen je abg syed sadick tu,haa,,confirm smua dosa lalu terhapus,hahahancing

Loading...