Seorang jemaah masjid yang juga merupakan warga emas naik angin dan mengasari seorang budak muda selepas selesai solat berjemaah di Masjid Bukit Jelutong.
Menerusi video dikongsikan DJ Zayan FM, Anas Tahir dia menjadi saksi kejadian tersebut yang berlaku sebaik sahaja selesai solat Maghrib.
Cekak leher lepas habis solat
Ceritanya, selepas memberi salam malah ketika itu imam sedang membaca wirid, warga emas terbabit secara tiba-tiba menarik baju budak tersebut di bahagian leher dari arah belakang.
Tiba-tiba dia cekak budak tu, budak ni tak balas apa-apa. Imam tengah wirid, dia boleh menjerit ‘jom ah, belakang ah’. Dia bangun, dia pergi ‘lock’ tangan budak ni.”
Sebab terlanggar kaki je…
Tambah Anas, warga emas tersebut naik angin hanya kerana budak muda terbabit terlanggar kakinya ketika merapatkan saf.
Meskipun jemaah lain yang berada di masjid ketika itu cuba menenangkan situasi tegang tersebut namun warga emas berkenaan seperti masih tidak berpuas hati.
Anas turut memuji budak muda berkenaan yang langsung tidak melawan malah katanya dia bukanlah pertama kali ke masjid tetapi sering dilihat hadir untuk solat berjemaah.
Budak tu muda, cakap pun lembut. Saya respect dia sebab dia tak melawan walaupun dah kena ‘lock’ tangan ke belakang. Pakcik sabarlah pakcik. Kalau pergi sembahyang dekat negara lain, kalau kena rapatkan saf takkan semua orang kau nak belasah?”
@aanastahirrSorry la kena share jugak. Budak tu rapatkan saf je. Bercakap pun lembut. Xde kurang ajar nye. Ko yg lengkap pakai kopiah, baju melayu, kain peli at bagai. Aku mmg hilang hormat betul dgn ko. Kesian budak tu.♬ original sound – Anas Tahir
Perkongsian itu meraih perhatian ramai warganet yang mengkritik warga emas terbabit kerana panas baran dan mengasari budak muda terbabit apatah lagi di dalam masjid, selepas tunaikan solat.