Imam Shafie Hanapiah Kebumi Janin Tidak Dituntut Di Singapura, “Mereka Seperti Anak Saya”

Trending

Imam Shafie Hanapiah Kebumi Janin Tidak Dituntut Di Singapura, “Mereka Seperti Anak Saya”

Membawa sebuah kotak, Mohd Shafie Mohd Hanapiah yang berusia 42 tahun berjalan masuk ke sebuah bilik di Masjid Pusara Aman di Lim Chu Kang Road.
janin
Sebaik saja masuk ke bilik itu, Shafie meletakkan kotak ke atas meja dan mengeluarkan kandungan kotak itu. Ia diletakkan di atas sebuah meja besi.

Advertisement

 


Kotak itu mengandungi empat janin dan organ saki-baki pembedahan yang diambil dari Hospital Awam Changi.

Selepas berdoa ringkas, Shafie memandikan setiap janin dan baki pembedahan. Suasana bilik bertukar suram.

Shafie memberitahu dia menguruskan janin-janin itu seolah-olah mereka anaknya. Dia berkata:

Kadangkala apabila tugas kami ialah memandikan janin-janin, saya akan ‘bercakap’ dengan mereka dan beritahu yang mereka seperti anak saya juga.

2Bekerja dengan seorang pembantu, Shafie meneruskan ritual Islamik yang perlu sebelum mangkafankan janin-janin tersebut, dan meletakkannya semula ke dalam kotak untuk dikebumikan.

Sebagai imam untuk Singapore Muslim Casket (SMC), tanggungjawab Shafie ialah untuk membersihkan, mengkafankan dan mengebumikan janin-janin dan organ saki-baki pembedahan dan tidak dituntut oleh waris dengan ritual yang sepatutnya.

Dalam Islam, wajib untuk memandikan, mengkafankan dan mengebumikan janin. Kami tak boleh buang begitu saja.

Jenazah tidak dituntut dikendalikan oleh SMC dan MTFA

Berkerjasama dengan Persatuan Dana Muslimin (MTFA), SMC menguruskan pengebumian janin yang keguguran atau digugurkan, saki-baki pembedahan dan jenazah muslim yang tidak dituntut di Singapura.

MTFA membiayai pengebumian jenazah Muslim yang tidak dituntut, atau jika saudara-mara tidak mampu untuk membayarkan pengebumian jenazah ahli keluarga mereka. Pembiayaan ini termasuk untuk pengebumian janian dan saki-baki pembedahan yang tidak dituntut.

Pada tahun 2015, persatuan itu telah mengebumikan 27 mayat, 239 janin dan 489 saki baki pembedahan. Jumlah janin meningkat sebanyak 15% kepada 239 pada 2015 setelah jumlahnya menurun pada dua tahun sebelumnya.

Kubur tanpa tanda

Merupakan bekas Sarjan Mejar dalan Pasukan Tentera Singapura (SAF), Shafie telah mempersiapkan janin, mayat dan saki-baki pembedahan untuk dikebumikan sejak 28 tahun lepas. Mulanya, dia seorang sukarelawan untuk tujuan tersebut semasa berusia 14 tahun.

Dia yang masih bujang, melihat perkara itu sebagai tanggungjawabnya untuk memastikan jenazah yang tidak dituntut, janin serta saki-baki pembedahan diberi pengebumian yang lengkap. Shafie memberitahu:

Mengikut undang-undang Islam, secebis bahagian badan pun perlu dikebumikan, Kami tak boleh main tanam saja dalam tanah, ia mesti dikebumikan di tanah perkuburan.

Shafie mengambil masa 40 minit untuk menyucikan dan mengkafankan janin sebelum ia dikuburkan di sebidang tanah yang tidak ditandakan di Tanah Perkuburan Lim Chu Kang.

Setiap plot dibahagi dua, dan setiap bahagian memuatkan 20 janin. Di tanah perkuburan, satu doa ringkas lagi dibacakan selepas janin dan yang lain-lain dikebumikan.

Kubur janin ini tiada batu nesan.

3Walaupun telah mengebumikan janin yang tidak dituntut selama 30 tahun, Shafie tetap merasa sedih setiap kali mengebumikan mereka. Katanya dengan mata yang bergenang:

Perasaan sedih itu tetap ada. Kami memang rasa sedih untuk janin-janiin itu dan ia berat untuk dilakukan, tetapi ia mesti dilakukan.

Sumber: Yahoo SG – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.