Imam Muda Syed Faris Enggan Ulas Kes Isteri Muda Kasari Nur Hidayu

Hiburan

Imam Muda Syed Faris Enggan Ulas Kes Isteri Muda Kasari Nur Hidayu

Dilihat enggan mengulas mengenai semua dakwaan bekas isteri, Nur Hidayu, pendakwah bebas, Imam Muda Syed Faris akui andai beliau bersuara, tindakannya itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

Imam Muda Syed Faris Enggan Ulas Kes Isteri Muda Kasari Nur Hidayu

Advertisement

Malah tidak menolak perkara itu juga mampu memberi kesan kepada prosiding di mahkamah.

“Tiada apa-apa perlu saya cakap, perkara itu akan merumitkan keadaan sebenarnya sebab kita tahu masyarakat kita macam mana. Semoga semua berjalan lancar demi anak-anak. Mereka nak membesar lagi.”

Menurutnya, beliau dan bekas isteri akan berdepan perbincangan lanjut, malah tidak ketinggalan menyeru orang ramai mendoakan agar masa depan anak-anaknya lebih terjamin.

Imam Muda Syed Faris Enggan Ulas Kes Isteri Muda Kasari Nur Hidayu

Disoal mengenai kesahihan dakwaan bekas isteri yang memaklumkan Syed Faris mengahwini wanita lain dan telah dikasari wanita terbabit, pendakwah itu difahamkan enggan mengupas lanjut.

“Tak apalah, nantilah.”

Untuk rekod, Proses sulh antara Syed Faris dan Nur Hidayu akan dilanjutkan ke tarikh 24 Ogos depan.

Imam Muda Syed Faris Enggan Ulas Kes Isteri Muda Kasari Nur Hidayu

Terdahulu, Nur Hidayu dilaporkan mahu menuntut hak lima anak mereka yang berusia antara lapan bulan sehingga 12 tahun selepas bercerai dengan Syed Faris pada 28 Mei lalu.

Tuntutan hadhanah yang dibuat kerana dua anaknya masih kecil serta seorang berusia tiga tahun, manakala yang kecil baru berusia lapan bulan dan masih menyusu. Malah beliau juga turut mendakwa pendakwah itu mengugut untuk mengambil dua anak mereka yang masih kecil.

Nur Hidayu diceraikan dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...