Selasa lalu, kerana Nabil Ahmad dan Neelofa bercuti selama 2 minggu, Siti Nordiana dan Imam Muda Asyraf telah muncul mengacarakan program Meletop. Tetamu yang hadir pada episod tersebut ialah Fattah Amin dan Fazura. Secara jujurnya, Abang Nara pun terkejut dengan kemunculan Imam Muda Asyraf. Tertanya-tanya boleh ke IM Asyraf mengendalikan program hiburan sebegini. Ternyata IM Asyraf memang power dan tidak perlu diragui kemampuannya.
Malah rata-rata para penonton episod Meletop tersebut menulis komen-komen positif di laman sosial tentang cara pengacaraan Imam Muda Asyraf yang sempoi, tenang dan bersahaja. Siap ada yang cadangkan agar IM Asyraf terus dilantik menjadi pengacara tetap. Amboi over betul. Menurut IM Asyraf, dia sendiri terkejut dengank omen-komen positif diterima. Untuk pengetahuan, IM Asyraf pada mulanya menolak tawaran tersebut. Katanya:-
Terus-terang, apabila pihak produksi meminta saya menggantikan Nabil yang ketika ini sedang mengerjakan umrah, untuk mengacarakan Meletop, saya cuba menolaknya dengan baik.
Selain tidak sesuai dengan imej saya yang lebih kepada program bercorak keagamaan, saya juga bukanlah orang yang pakar mengenai industri hiburan tanah air.
Bagaimanapun, selepas mereka meyakinkan konsep program pada malam itu bukanlah menjuruskan kepada gosip semata-mata, selain pengisiannya juga bersesuaian dengan Ramadan, saya menerimanya.
Memang saya risau dengan komen penonton dan saya juga takut dikecam. Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila 90 peratus daripada komen diterima menyukai apa yang saya tampilkan dalam program itu.
Diharap IM Asyraf dapat menimba pengalaman yang bagus dan positif sepanjang mengendalikan episod Meletop tersebut. Mana tahu ada rezeki untuk jadi pengacara program-program lain pula selepas ini. Apa apa pun, tahniah buat IM Asyaf dan Siti Nordiana kerana telah berjaya mengendalikan program Meletop dengan begitu baik sekali. Sumber Berita Harian.
P.S: Setiap tahun, jutaan pelancong seluruh dunia termasuklah Malaysia akan berkunjung ke Tanah Lot, Bali untuk menyaksikan sendiri keindahan pemandangan yang cukup memukau di sana. Anda juga berpeluang terbang ke Bali dengan harga serendah RM169 untuk ekonomi(all in fare – one way) atau premium flatbed RM599(all in fare – one way) bersama AirAsia. Harga special murah kaw-kaw ini hanya akan sah sehingga 25 Jun ini. Jadi silalah buat tempahan sekarang di www.airasia.com. Jangan menangis pulak bila offer ini dah habis nanti.