Imam Muda Asyraf Dedah Pesanan Terakhir PU Rahmat Sebelum Ditahan Tentera Isra*l – “Kalau Tak Jumpa, Jumpa Di Syurga…”

Trending

Imam Muda Asyraf Dedah Pesanan Terakhir PU Rahmat Sebelum Ditahan Tentera Isra*l – “Kalau Tak Jumpa, Jumpa Di Syurga…”

Pendakwah terkenal, Imam Muda Asyraf mendedahkan beberapa pesanan terakhir diberikan oleh PU Rahmat yang merupakan salah seorang sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Kongsi Imam Muda Asyraf, PU Rahmat meminta rakan-rakannya untuk menenangkan ibunya dan memaklumkan tentang perkara-perkara positif tentang misi tersebut.

Advertisement

Dia meminta rakan-rakan untuk tenangkan ibunya dan beri khabar gembira dan bukan khabar ketakutan. Ceritalah ini adalah sebuah kemenangan dan tidak akan berlaku apa-apa keganasan.

 PU Rahmat ditahan Israel

Pendakwah tersebut turut mendedahkan pesanan terakhir PU Rahmat sebelum ditahan oleh tentera Israel ketika kapal dinaikinya dipintas sewaktu menghampiri Gaza.

Pada pukul 4.30 pagi, dia minta maaf, sampaikan salam, minta jagakan mak, jaga diri dan dia mohon doa..kalau tak jumpa (di dunia), jumpa di syurga.

@bernamaradioofficial Tolong tenangkan ibu dan berikan khabar gembira bukan khabar ketakutan. Itu pesanan terakhir Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat kepada Imam Muda Asyraf. PU Rahmat telah disahkan ditahan oleh tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). #digitalbernamaradio #globalsumudflotilla #globalsumudflotillamalaysia #g4z4 #breakthesiege ♬ original sound – Bernama Radio

Terdahulu, Wisma Putra mengesahkan semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) telah ditahan namun berada dalam keadaan selamat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

Menerusi kenyataan rasmi, Wisma Putra memaklumkan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera peserta GSF terutama rakyat tempatan yang ditahan Israel.

Kerajaan Malaysia juga menegaskan bahawa tindakan rejim Zionie menahan sukarelawan GSF adalah tidak sah dan menuntut agar mereka dibebaskan segera.

2025-10-03 11:00:19

"Kalau Bukan Anak-Anak Saya Pergi, Siapa Lagi?" - Bapa Kongsi Heliza & Hazwani Helmi Minta Bersedia Sebarang Kemungkinan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...