Imam Muda Ammar Dikritik Kerana Muatnaik Status Persenda Kanak-Kanak Mati Kerana Difteria

Hiburan

Imam Muda Ammar Dikritik Kerana Muatnaik Status Persenda Kanak-Kanak Mati Kerana Difteria

Baru-baru ini ada berita dimana  ada kanak-kanak didalam Malaysia telah meninggal dunia akibat dijangkiti bakteria Difteria.

Bakteria itu menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Berita berkenaan tentu sekali mencetuskan kerisauan dikalangan ibu bapa dan ia cukup menarik perhatian ramai.

Advertisement

Namun, amarah orang ramai mula tercetus apabila Imam Muda Ammar memuat naik satu status di Facebook yang seakan mempersenda kanak-kanak yang mati akibat Difteria.

Berikut status yang dimuat naik oleh Imam Muda Ammar :-

Jelas sekali status tersebut mengundang kritikan netizen yang rata-rata berpendapat seseorang yang tinggi ilmu agamanya tidak harus mengeluarkan kenyataan yang agak bodoh.

Tahu isu berkenaan sudah menjadi besar, Imam Muda Ammar telah membuat satu permohonan maaf dan difahamkan beliau juga telah menutup akaun Facebooknya.

Hmmpph, maaf jika kami katakan tindakan orang alim seperti ini membuatkan nama yang lain juga terjejas. Kata orang, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kita percaya bahawa ajal maut di tangan Tuhan  tetapi apa salahnya untuk mencegah sesuatu penyakit bukan? Tidak berdosa pun ambil vaksin..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...