Imam JAKIM Tiba di Amsterdam Tapi Masih Belum Dibenarkan Lakukan Urusan

Trending

Imam JAKIM Tiba di Amsterdam Tapi Masih Belum Dibenarkan Lakukan Urusan

MH1734534564

Pasukan enam dari sepuluh imam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dihantar ke Kalkeive masih belum dapat melakukan sebarang tindakan ekoran mayat mangsa yang masih belum dikenal pasti.

Advertisement

Ketua pengarah JAKIM, Datuk Ohman Mustapha berkata, pihaknya diberitahu seramai 21 dari 44 warga Malaysia yang terlibat dalam tragedi itu beragama Islam.

Sembahyang sunat ghaib ke atas jenazah beragama Islam juga akan dilakukan selepas mayat selesai dimandi dan dikafankan oleh petugas JAKIM.

Jelasnya, selagi belum dikenal pasti dan dimandi serta dikafankan, sembahyang ghaib terhadap jenazah Islam tidak boleh diadakan dan mereka perlu menanti khabar daripada pasukan yang diketuai imam besar Masjid Putra, Putrajaya iaitu Abdul Manaf Mat itu.

“Kita akan tunggu forensik dan juga DNA yang dibuat oleh semua negara yang terlibat termasuk Malaysia. Di situ akan ditentukan jenazah mayat mana Islam dan yang bukan Islam.

Kita akan menguruskan mayat rakyat Malaysia beragama Islam sahaja kecuali diminta oleh negara-negara lain yang mana warganegara mereka yang Islam, contohnya Indonesia.” katanya.

Buat masa ini menurutnya, fokus pasukan Malaysia hanyalah kepada rakyat negara ini yang telah diberitahu iaitu seramai 21 jenazah Islam.

Beliau mengulas demikian ketika menghadiri Majlis Tautan Muhabbah dan Penghayatan Ramadan Saudara Muslim di Restoran Shahrin Low, Putrajaya semalam.

Katanya, kerajaan juga bercadang untuk menyememadikan kesemua mangsa terlibat di satu kawasan yang sama di Putrajaya namun secara berasingan mengikut agama.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas mahu kesemua mayat 44 warga Malaysia yang telah dikenalpasti dibawa pulang dan disemadikan di negara ini sebelum hari raya Aidilfitri yang dijangka jatuh Isnin ini.

Namun ia bergantung kepada tempoh proses analisa DNA mangsa nahas.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di wilayah Donetsk, di timur Ukraine, pada Khamis lepas.

Perdana menteri berkata, pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu telah ditembak jatuh.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi Jumaat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...