Walaupun sederhana, namun majlis pernikahan pelakon Elisya Sandha dan anak kepada Sheila Rusly dan Jinggo, Uzair Haqimy berlangsung dengan lancarnya.
Umum mengetahui bahawa sebarang majlis pernikahan hanya boleh dihadiri oleh pasangan pengantin dan wali nikah sahaja bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak bertanggungjawab.
Oleh sebab itu, keluarga rapat dan sahabat handai hanya mampu melihat upacara tersebut menerusi rakaman atas talian sahaja. Disebabkan itu, Jinggo telah meluahkan rasa sedihnya kerana tidak dapat bersama anak bujangnya ketika momen penting tersebut.
View this post on Instagram
Daripada perkongsian itu, Jinggo dilihat sebak dan menangis kerana terpaksa membiarkan Uzair melalui majlis tersebut tanpa sokongannya.
Haq, buat yang terbaik. Ayah minta maaf kerana tak dapat teman awak sepertimana datuk teman ayah, masa menikah dengan mama awak. Tenang sahaja dan jadi diri sendiri.
Rata-rata pengikut turut sedih apabila melihat Jinggo yang menahan air mata daripada jatuh semasa memberikan kekuatan dan pesanan buat anak sulungnya itu.
Seronok tengok hubungan keluarga mereka yang rapat, kan?
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.