Sebelum ini, timbul spekulasi rumah tangga pelakon Irma Hasmie bersama suami, Redza Syah Azmeer sedang goyah selepas aktres itu memuat naik hantaran sedih di akaun media sosialnya.
Pilih untuk diam diri
Untuk mendapatkan jawapan daripada tuan badan, pihak media telah berjumpa dengan Irma untuk bertanyakan tentang kesahihan mengenai berita itu.
Namun begitu, Irma memilih untuk tidak memberi sebarang komen dan memohon agar orang ramai tidak membuat andaian sendiri.
I’m so sorry, I tak nak komen pasal tu. Minta maaf sangat.
View this post on Instagram
Tak semua ‘posting’ tentang hal negatif
Kata Irma, hantaran yang dimuat naik olehnya sebelum ini tidak semestinya tentang hal-hal negatif dan merasakan ia sekadar petikan biasa untuk dikongsikan bersama yang lain.
Dalam pada itu, Irma turut berkata dia akan lebih berfikir dua atau tiga kali selepas ini jika mahu membuat sebarang hantaran di akaun media sosialnya.
Sebelum ini, nama Irma Hasmie jadi perhatian selepas dia memuat naik pesanan seperti mengingatkan si suami untuk ingat pengorbanan yang dilakukan oleh isteri dalam rumah tangga.