Walaupun macam mana minat pun anda terhadap mana-mana artis, anda belum pasti benar-benar mengenalinya.
Sama juga dengan Hafreez Adam yang membuat pengakuan mengejut mengatakan bahawa dia pernah menoreh tangan suatu ketika dahulu dek masalah kecelaruan mental.
Menerusi entri di laman Twitter rasminya itu, pelakon tersebut telah memuat naik satu pautan kepada penulisan blog yang digarapnya pada 7 tahun lepas. Entri tersebut dipenuhi dengan kisah kehidupan gelapnya suatu ketika dahulu.
Bismillahirrahmanirrahim.
First thing first. Content entry kali ini agak graphic. Diminta utk jgn baca if boleh trigger diri.
.https://t.co/0PHdsfwnPy pic.twitter.com/yfD6XqZqrF— Hvf (@HafreezAdam) May 12, 2020
Menurut Hafreez, apabila melihat darah yang mengalir dari luka itu, tiada sekelumit kesakitan pun yang dirasainya. Bukan sahaja itu, pelakon itu pernah membotakkan kepalanya kerana berasa marah.
Tidak mahu memanggilnya sebagai depresi malah dia sendiri akui tidak tahu mengapa dia bertindak sedemikian.
“Perlahan-lahan. Mula daripada kecil kemudian semakin besar dan dalam. Sampailah lengan aku penuh parut. Apa yang aku tahu, itu caranya untuk rasa lega. Untuk keluarkan apa yang aku rasa masa tu. Bila darah mengalir keluar, itulah rasanya hilang semua kesakitan.”
[Amaran Imej Grafik]
Tambahnya lagi, kesakitan yang dilaluinya akan hilang selama beberapa jam selepas dia bertindak mencederakan dirinya.
Hafreez tidak segan untuk berkongsi bahawa dia memilih jalan tersebut sebagai penyelesaian selepas mengalami tekanan yang sangat dahsyat dalam hidupnya.
Menceritakan lebih lanjut punca situasi itu berlaku kepadanya, kata Hafreez dia mula-mulanya berdepan tekanan yang sangat dahsyat dalam hidup. Dia merakan hiduonya keseorangan dalam menghadapi tekanan itu. Dia mengambil keputusan untuk berkurung kerana merasa persekitarannya amat buruk dan menyulitkan.
Tidak mahu perkara itu disedari oleh rakan serumahnya, pelakon itu terpaksa menyembunyikan parut dan kesan luka tersebut dengan menyarungkan baju berlengan panjang saban hari.
Terkesan hebat kerana tekanan tersebut, Hafreez akui bahawa dia mula berhenti solat semasa 18 tahun walaupun dimarahi oleh ibunya. Pun begitu, peristiwa hitam tersebut sebenarnya mendekatkan lelaki itu dengan pencipta yang maha esa iaitu Allah SWT.
“Aku kembali kepada Allah. Aku berdoa setiap hari selesai solat.”
Kini, lelaki itu berani untuk melihat parut luka tersebut sebagai salah satu perjuangannya untuk terus hidup. Melalui fasa jatuh bangun, tapi sekarang dia bangga dengan kemenangannya itu.
Lelaki itu turut menjelaskan bahawa luahan ini dilakukan kerana dia tewas sekali lagi pada tahun 2018 tetapi menenangkan orang ramai bahawa dia sudah baik kini dan mahu orang lain turut melawan tekanan yang dialami mereka.
Semoga semuanya terus baik-baik sahaja!