“I’m Not Smuggle..” – Yassin Senario Buka Mulut Mengenai ‘Kehilangan’ Dirinya Di Arab Saudi

Hiburan

“I’m Not Smuggle..” – Yassin Senario Buka Mulut Mengenai ‘Kehilangan’ Dirinya Di Arab Saudi

Setelah sekian lama mendiamkan diri, Yassin Yahya, anggota kumpulan lawak terkenal Senario, akhirnya bakal tampil menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku berhubung dakwaan penahanannya di Arab Saudi pada Oktober lalu.

Difahamkan, Yassin akan memberikan kenyataan eksklusif menerusi sebuah rakaman podcast berjudul Darkcast, yang dikendalikan oleh rakan seperjuangannya, Saiful Apek.

Advertisement

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Instagram rasmi Gitu Gitu Empire yang memaklumkan bahawa episod khas tersebut bakal menampilkan penjelasan daripada Yassin sendiri.

Dalam satu rakaman pendek yang dikongsi sebagai teaser, Yassin menegaskan:

Saya tidak tahu undang-undang, aku ini salah. Tak ada orang nak beritahu perkara itu. Saya cakap dalam bahasa Inggeris ‘I’m not smuggle’.

Beliau juga mengakui terdapat kekeliruan berkaitan undang-undang negara tersebut dan menyatakan bahawa tindakan pertamanya ketika kejadian adalah berdoa dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

Dalam perjalanan saya pergi ‘ke situ’, yang pertama saya hubungi adalah ‘The God’ (Tuhan).

Walaupun klip pendek itu sudah menarik perhatian ramai, rakaman penuh masih belum disiarkan secara rasmi. Netizen kini menantikan konteks lengkap kenyataan Yassin menerusi episod penuh yang dijadualkan akan dimuat naik di saluran YouTube Gitu Gitu Studio dalam masa terdekat.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Yassin, 47, telah kembali ke tanah air selepas kelibatnya dilihat dalam satu sesi siaran langsung di TikTok. Kehadirannya di Malaysia turut disahkan oleh isterinya, Farah Waheeda Maharidan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 weeks ago

"Stop Talking Nonsense About My Husband" - Suami Dianggap Miskin Harta, Siti Elizad Luah Rasa Terkilan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...