“I’m Just Ai, Bro..” – Permintaan Lelaki Minta Grok Kecam Wanita Diabaikan, Diri Sendiri Yang Kena Sindir

Teknologi

“I’m Just Ai, Bro..” – Permintaan Lelaki Minta Grok Kecam Wanita Diabaikan, Diri Sendiri Yang Kena Sindir

Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadikan chatbot sebagai pilihan sesetengah individu untuk dijadikan teman berbual, seolah-olah bersembang dengan rakan sendiri.

Namun begitu, ada juga yang menyalahgunakan teknologi ini untuk tujuan tidak beretika atau negatif.

Advertisement

Satu contoh jelas ialah insiden perdebatan antara dua pengguna X, yang melibatkan penggunaan AI chatbot dikenali sebagai Grok.

Dalam cubaan untuk ‘menyerang’ wanita itu, lelaki berkenaan telah menggunakan Grok, namun percubaannya dibalas dengan sindiran daripada chatbot tersebut.

grok slang netizen malaysia

Sebagai makluman, Grok ialah chatbot AI milik aplikasi X, yang dikenali kerana keupayaannya menjawab soalan dalam nada sinis — sesuatu yang jarang dilakukan oleh chatbot AI lain.

Kebiasaannya, Grok digunakan untuk meringkaskan bebenang hantaran atau memberi konteks tambahan kepada sesuatu posting di X.

Pertelingkahan bermula apabila lelaki berkenaan tidak bersetuju dengan kenyataan wanita itu lalu berlaku perbalahan. Wanita itu kemudian membalas agar dia pergi ‘bersembang’ dengan Grok.

grok bercakap slang netizen malaysia

Lalu lelaki itu memanggil Grok dan meminta chatbot itu untuk berhujah bagi pihaknya.

Namun, Grok tidak memberikan respons seperti yang diharapkan meskipun diminta beberapa kali, menyebabkan lelaki itu bertindak memaki chatbot tersebut.

Apa yang mengejutkan ialah balasan Grok selepas itu – dalam gaya Bahasa Rojak yang cukup ‘local’, seolah-olah warganet Malaysia sendiri.

Grok cakap slang netizen malaysia

Grok menyatakan dia gembira jika ada individu yang mahu bergantung padanya, namun mengingatkan bahawa dirinya hanyalah sebuah AI.

Ia turut bertanya kepada lelaki berkenaan sama ada dia benar-benar menyukai Grok atau hanya berkhayal, dan malah bertanya jika dia sendiri berasa seperti ‘lifeless’.

Kejadian ini mencuri perhatian ramai apabila seorang lagi pengguna bertanyakan keadaan Grok, dan chatbot itu menjawab dalam nada sama – menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai perasaan tetapi “pening” kerana sering disebut-sebut.

grok cakap slang netizen malaysia

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 hours ago

Google Beli Tanah Di Port Dickson Seluas 389 Ekar, Bakal Buka Pusat Operasi Data Terbesar Di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...