Pensohor media sosial dan juga usahawan, Aisyah Hijanah berkongsi luahan hati di Instagram miliknya mengenai tindakan seorang wanita berniqab yang ingin jadi isteri kedua suaminya.
Dalam hantaran itu, Aisyah tertanya sama ada sekarang adalah musim wanita-wanita bujang ‘tersuka’ suami orang.
Dia juga mendedahkan beberapa tangkap layar mesej perbualan yang diterima daripada seorang wanita yang jatuh hati dengan suaminya, Alif Teega.
Malah, wanita berkenaan juga sanggup berjumpa dengan Alif bagi menyampaikan hasratnya untuk menjadi yang kedua.
Saya berani nak jumpa mak Alif & Aisyah sendiri untuk bagitahu perasaan saya. Saya akui saya salah, tersuka suami orang. Tetapi lelaki boleh kahwin lebih daripada 1 kan?
Selain itu, dia juga sudah lama memerhatikan Aisyah dan suami ketika menunaikan umrah bersama-sama suatu ketika dahulu.
Saya minta maaf kak Aisyah. Masa dekat umrah pun, saya ada. hanya mampu tengok kak Aisyah dan abang Alif dari jauh. Saya nak tegur, nak bagitahu. Tapi saya rasa belum sedia.
Berikutan itu, pensohor itu meminta agar niqabis itu dan juga wanita-wanita bujang di luar sana yang sedang mencari pasangan agar bersabar kerana yang terbaik pasti akan tiba.
Aisyah juga meluahkan rasa lega kerana suaminya itu tidak ‘melayan’ bagi mengelakkan keharmonian rumah tangga mereka terganggu.