“I’m Half German, Part Malay, Part Chinese, Part Tamil..Tolong Beritahu Saya Apa Saya Patut Pakai Dan Tak Patut Pakai”- Maya Karin ‘Berang’ Dengan Isu Salah Guna Pakaian Tradisional Kaum

Hiburan

“I’m Half German, Part Malay, Part Chinese, Part Tamil..Tolong Beritahu Saya Apa Saya Patut Pakai Dan Tak Patut Pakai”- Maya Karin ‘Berang’ Dengan Isu Salah Guna Pakaian Tradisional Kaum

Gara-gara pelakon Mira Filzah dilabel sebagai ‘Cultural Appropriation Queen’ oleh seorang pengguna Twitter kelmarin, ramai pula rakan artis yang tampil memberi komen mengenai isu berkenaan.

Meskipun Mira Filzah telah tampil membuat permohonan maaf dan mengakui tidak berniat untuk mengambil sebarang keuntungan daripada budaya kaum lain, banyak pihak serta golongan selebriti mula tampil berkongsi foto serta pengalaman menggayakan busana daripada keturunan lain dengan niat, hanya meraikan perbezaan budaya semata-mata.

Advertisement

Malah, pelakon dan juga penyanyi Maya Karin turut mempersoalkan keperluan untuk membangkitkan isu seperti itu tambahan di bulan kemerdekaan ini.

Dia yang mempunyai pelbagai darah campuran tampil mempersoalkan tentang isu berkenaan di laman sosial miliknya iaitu twitter dan instagram.

View this post on Instagram

And what not to wear..

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

“I’m half German, part Malay, part Chinese, part Tamil. Can someone tell me what to wear and what not to wear?

Maya seolah-olah berang dan melemparkan persoalan itu kepada sesetengah netizen yang melarang kaum lain menggayakan busana kaum mereka dengan alasan ‘Cultural Appropriation’.

 Netizen yang mengikuti entri berkenaan tampil memberi pendapat berbeza dan rata-rata menggangap perkara itu sebagai sesuatu yang remeh untuk dijadikan isu dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang majmuk ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...