“I’m A Survivor”, Tun Dr Siti Hasmah Dedah Kisah Hidap Kanser Payudara

Kehidupan

“I’m A Survivor”, Tun Dr Siti Hasmah Dedah Kisah Hidap Kanser Payudara

Ramai yang terkejut ketika isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah mendedahkan beliau pernah menghidapi kanser payudara sebelum ini. Pendedahan ini dilakukan ketika beliau berucap di Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, KL Pink October 2019 di Hospital Kuala Lumpur.

Pada bulan Mac lalu, doktor mengesahkan beliau menghidapi kanser payudara pada usia 92 tahun. Melalui keputusan biopsi diperolehnya, ia mengesahkan ketumbuhan di payudara kiri adalah kanser.

Advertisement

“Ketika itu saya rasa tidak sedap, saya terus jumpa doktor. Dalam seminggu, saya disahkan mempunyai ketumbuhan kecil.”

tun dr siti hasmah dan yun dr mahathir
Semasa menunggu keputusan biopsi keluar, beliau langsung tidak memberitahu suaminya, Tun Dr. Mahathir kerana tidak mahu menganggunya yang sibuk bekerja.

“Apabila dia tahu pada hari keputusan biopsi keluar, dia tak bebel, cuma dia risau sampaikan suruh saya dibedah pada esoknya.”

Beliau kemudian diwadkan selama empat hari untuk jalani pembedahan membuang ketumbuhan kecil itu. Kesihatannya kini beransur pulih dan menjadi salah seorang pejuang kanser.

Walaupun ketumbuhan itu kecil, baginya yang lebih penting adalah wanita tidak perlu malu atau takut untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

tun dr siti hasmah
Tun Dr. Siti Hasmah juga menasihatkan wanita di luar sana untuk sentiasa peka dengan perubahan diri. Melalui kempen anjuran HKL itu, kesedaran mengenai pentingnya saringan awal bagi mengenal pasti potensi kanser payudara turut dikongsikan.

Advertisement

Semoga Tun sentiasa diberikan kesihatan yang baik selepas ini. Para wanita di luar sana boleh segera lakukan pemeriksaan awal.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...