Illustrasi Stadium Sultan Ibrahim Larkin Didedah, Bakal Jadi Stadium Terbaik Di Malaysia?

Trending

Illustrasi Stadium Sultan Ibrahim Larkin Didedah, Bakal Jadi Stadium Terbaik Di Malaysia?

Stadium baru kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) direka mengikut arah sinaran cahaya matahari bagi memastikan pertumbuhan rumput yang baik.

Advertisement

Perubahan itu dilakukan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut mahu projek pembinaan stadium itu dilewatkan 6 bulan disiapkan berbanding jangkaan asal pada Januari 2018.

“Untuk makluman, pembinaan stadium yang terletak di Iskandar Puteri ini akan lewat 6 bulan dari tarikh awal jangkaan siap kerana Tunku Mahkota Johor membuat sedikit perubahan pada kedudukan stadium tersebut.

“Baginda mahu pastikan arah sinaran cahaya matahari 90% atau 100% menghala ke padang untuk pertumbuhan rumput yang baik.

“Beberapa rekaan juga mengalami sedikit perubahan kerana baginda mahukan stadium baru itu nanti menjadi stadium terbaik di negara ini,” demikian menurut kenyataan dimuat naik ke Facebook Johor Southern Tigers.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim dilaporkan berkata, pembinaan stadium baru JDT itu akan bermula selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Stadium Sultan Ibrahim Larkin yang dibina dengan kos kira-kira RM200 juta itu, mampu memuatkan 45,000 penonton dan akan menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin.

Kemudahan itu akan dikhususkan kepada pasukan JDT 2, manakala Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang untuk kegunaan JDT 3 dan JDT 4.

Stadium baru di kawasan berkeluasan 28.3 hektar itu bakal dilengkapi kemudahan seperti hotel, pangsapuri, pusat beli-belah, padang ragbi, gelanggang tenis dan futsal yang akan dibangunkan secara berperingkat di tanah berbaki seluas 16.2 hektar.

Upacara pecah tanah stadium itu dilakukan Tunku Ismail yang juga pemilik JDT pada 30 Januari tahun lalu.
Menurut kenyataan semalam, Tunku Ismail turut memberi tempoh tambahan 6 bulan kepada kontraktor kerana tidak mahu mereka tergesa-gesa menyiapkan pembinaan stadium baru itu.

“TMJ juga mahukan stadium yang dijangka siap pada Januari 2018 ini dilewatkan selama 6 bulan untuk memastikan kontraktor tidak tergesa-gesa mempersiapkannya kerana mahukan hasil terbaik untuk stadium baru ini.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...