“Susahkan Banyak Orang!” – Emma Maembong ‘Sound’ Pelakon Muda Suka Berparti Tapi Tak Tepati “Calltime’

Hiburan

“Susahkan Banyak Orang!” – Emma Maembong ‘Sound’ Pelakon Muda Suka Berparti Tapi Tak Tepati “Calltime’

Pelakon drama terkenal, Emma Maembong berpendapat seseorang selebriti akan terus kekal relevan sekiranya menjaga disiplin terutamanya ‘calltime’ bekerja.

Kata pelakon berusia 33 tahun itu, dia pernah berhadapan dengan pelakon tidak mematuhi jadual penggambaran dan berkata perkara sebegitu tidak seharusnya berlaku kerana ia menyusahkan orang sekeliling.

Advertisement

Kalau kita lambat pergi tengok wayang. Filem itu tetap akan ditayangkan tapi kalau kita lambat datang (tak hormat calltime) lokasi penggambaran terutama pada waktu pagi, semua orang akan tunggu awak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Tambahnya, sikap tidak menepati waktu ‘calltime’ ini akan menyebabkan banyak hal tertangguh dan menyusahkan banyak orang termasuklah pengarah, jurukamera, jurusolek dan mereka yang menjaga pakaian.

Ikutlah engkau nak berparti sampai malam sebab kadangkala budak muda ini mahu berparti cuma tidak tahu kemampuan diri. Esok itu boleh bangun awal atau tidak?

Emma juga turut berkongsi pengalamannya pernah ‘disidai’ selama seharian di set penggambaran namun dia tentang mengendalikan situasi tersebut.

Katanya, usia dan pengalaman menjadikannya lebih tenang dalam menghadapi dan mengendalikan sesuatu situasi yang berlaku.

Saya ini sudah tua, kalau dulu mungkin sedikit berang. Kini, saya ambil kopi, pulang. Balik rumah sapu minyak angin dan jaga anak. Saya kerja keras demi anak-anak juga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ogy ahmad daud
1 year ago

“Menyusahkan, Orang Buat Persiapan, Kau Sibuk Buat ‘Live’. Sangat Biadap” - Ogy Ahmad Daud Tegur Dua ‘Influencer’ Nak Jadi Pelakon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...