“Ikutkan Saya Taklah Terlalu Seksi” – Foto Bikini Amy Nur Tinie Hanyalah Inspirasi Turunkan Berat Badan, Akui Dah ‘Gempal’

Hiburan

“Ikutkan Saya Taklah Terlalu Seksi” – Foto Bikini Amy Nur Tinie Hanyalah Inspirasi Turunkan Berat Badan, Akui Dah ‘Gempal’

Gara-gara memuat naik foto berbikini di Instagram, pelakon Amy Nur Tinie dikecam netizen di media sosial gara-gara terlalu seksi.

Maklum dengan kritikan itu, Amy menjelaskan bahawa ia adalah foto lama ketika dia menyertai pertandingan Miss Eco International 2021 bertempat di Mesir.

Advertisement

Dia yang turut memenangi acara itu berkata, foto bikini itu diibaratkan inspirasi untuk dia menguruskan badan kembali kerana merasakan dirinya naik berat badan semenjak acara itu melabuhkan tirainya.

Konon-kononnya saya muat naik gambar itu sebagai inspirasi untuk mendapatkan bentuk badan seperti itu semula. Sejak dah tak masuk bertanding ratu cantik ini, saya sudah tidak begitu menjaga makan.

Saya akui berat badan mula naik lebih-lebih lagi sewaktu menjalani penggambaran drama, bila banyak masa terluang saya memang asyik makan saja.

Katanya lagi, dia bukanlah seorang yang terlalu seksi dan jarang memuat naik foto yang menampakkan lurah atau kain terbelah sampai ke atas peha.

Kalau bercuti di dalam negara memang saya tidak beranilah nak pakai seperti itu..memang tidaklah. Saya pun sebenarnya insecure dengan badan sendiri. Kalau ramai sangat orang pun saya tak berani nak tunjuk badan pakai bikini.

Sekadar info, Amy Nur Tinie pernah menggondol gelaran Miss Malaysia Kebaya 2016 dan Ikon Wanita Melayu 2018.

Selain itu, akmi kongsikan artikel trending yang lain padaa pautan di bawah.

Mimi Lana Syafiq Kyle
9 months ago

"Ya Aku Sakit" - Mimi Lana 'Update' IG Story Luah Perasaan, Syafiq Kyle Terus Menyepi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...