Ikuti Pengalaman Percutian 4H3M Team Beautifulnara Di Manila. Serius Best!!

Branded

Ikuti Pengalaman Percutian 4H3M Team Beautifulnara Di Manila. Serius Best!!

Dah nak dekat hujung tahun ni, confirm ramai yang ada plan nak pergi melancong ke luar negara betul tak? 

Maklumlah, dah dua tahun duduk di rumah tak keluar ke mana-mana, ini lah masa yang tepat untuk kita menikmati semula kegembiraan merantau dunia selepas diberi kelonggaran dalam fasa endemik ini.

Tapi, anda ada idea tak nak melancong ke negara mana? Kalau tak ada, jangan risau sebab kami akan listkan tempat-tempat menarik yang WAJIB dikunjungi di Manila, Filipina! 

Untuk pengetahuan, baru-baru ni kami bercuti ke Manila bersama 40 orang pemenang peraduan Spend & Win daripada Watsons tau. Jom kita tengok!

1. Jelajah Ke Bonifacio Global City, Manila

Sejurus anda touchdown di Manila, destinasi pertama yang anda wajib pergi adalah Bonifacio Global City(BGC) di Taguig, Metro Manila.

Apa yang menarik dengan bandar ini adalah ia bukan saja mempunyai struktur pembangunan yang tersusun, malah ia menyediakan pelbagai kemudahan khusus untuk penduduk dan pelancong seperti mesra pejalan kaki, taman permainan dan banyak lagi!

Bukan itu saja, bandar ini juga mempunyai pelbagai seni bina yang unik, trafik yang sangat terkawal dan paling penting, persekitaran bandar yang sangat bersih! Jujur kami cakap, sepanjang kami berjalan-jalan di BGC ini, tiada satu sampah pun yang kami nampak tau!

Kalau dah melancong ke luar negara, tak sah lah kalau tak shopping sakan betul tak? Dekat BGC ni ada banyak pusat beli belah dan pasar yang terkenal seperti SM Aura Premier Mall, Venice Grand Canal Mall, Market! Market! dan banyak lagi.

Memandangkan kami bercuti bersama Watsons, kami berpeluang singgah ke salah satu cawangan Watsons terkemuka di SM Aura Premier Mall, dan dikejutkan dengan sambutan yang meriah oleh pekerja mereka, siap dapat 3,000 Peso Gift Card untuk berbelanja tau! Memang kami pulun sampai habis! 

Bercuti Ke Manila Bersama Watsons

Kalau anda mencari barangan tempatan dan harga berpatutan, anda boleh datang ke Market! Market! sebab dekat sini ada pelbagai bazar, pasar penjaja dan kedai-kedai yang menjual barangan yang murah tau! Siap ada pawagam dan taman tema lagi. Serius best!

Bercuti Ke Manila Bersama Watsons

Agak-agak kalau anda nak membeli belah sambil bersantai bersama tersayang atau nak cari port dating yang lawa, anda wajib singgah ke Venice Grand Canal Mall sebab ia mempunyai seni bina yang unik dan dianggap sebagai “pusat beli-belah paling romantis” di Filipina! Wow!

Bercuti Ke Manila Bersama Watsons

Untuk pengetahuan, reka bentuk pusat beli belah ini diinspirasikan daripada Itali yang diilhamkan oleh Grand Canal di bandar klasik Venice serta mempunyai terusan besar dan jambatan yang diilhamkan oleh jambatan terkenal di Venice. Fuhh, kalau dating dekat sini confirm sweet!

2. Lawati Golden Mosque Al-Dahab, Rizal Park & Banyak Lagi!

Tak lengkap pengalaman trip pelancongan anda ke Manila kalau tak melawat tempat-tempat keagamaan dan sejarah untuk mengetahui lebih lanjut tentang gaya hidup warga tempatan betul tak?

Antara lokasi yang anda wajib lawati adalah Golden Mosque Al-Dahab, Quaipo, Manila.

Digelar sebagai Golden Mosque disebabkan oleh hiasan dalaman masjid serta kubah dicat dengan warna emas, tak dinafikan masjid ini sangat lawa dari luar dan dalam serta selesa untuk mengerjakan ibadah dan mampu memuatkan sehingga 22,000 jemaah. Memang besar!

Pembinaan masjid ini dibiayai melalui derma asing daripada Libya dan Arab Saudi untuk lawatan Presiden Libya Muammar al-Gaddafi, namun lawatan tersebut dibatalkan. 

Bercuti Ke Manila Bersama Watsons

Selain Golden Mosque, anda juga boleh lawati Chinatown Museum, Binondo Manila yang mana ia mempamerkan sejarah-sejarah tentang Chinatown yang tertua di dunia! 

Bercuti Ke Manila Bersama Watsons

Bercuti Ke Manila Bersama Watsons

Bercuti Ke Manila Bersama Watsons

Untuk pengetahuan, hubungan Manila dan China telah bermula sejak dari abad ke-10 lagi tau, jadi di muzium ini menggambarkan pelbagai aspek masyarakat Filipina-Cina menerusi 18 galeri. 

Bercuti Ke Manila Bersama Watsons

Antara lokasi hotspot pelancongan lain anda wajib lawati adalah Intramuros, kota tertua di Manila yang mana di sini terdapat bangunan-bangunan bersejarah Sepanyol yang dibina sejak tahun 1571 lagi. Sepanjang kami berada di sini, kami sangat terpegun melihat keindahan bangunan-bangunan bersejarah yang ada sebab semuanya cantik dan instagrammable!

Kalau anda datang ke sini, anda wajib singgah ke Fort Santiago, Rizal Park, Casa Manila, Bahay Tsinoy dan banyak lagi! Bercuti Ke Manila Bersama Watsons

Haa, kalau anda dah puas berjalan melihat bangunan-bangunan bersejarah, anda boleh singgah ke SM Mall Of Asia(MOA) untuk shopping sakan yang terletak berdekat saja dengan Intramuros. 

Fakta menarik, ia merupakan pusat beli belah ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia tau! Sebab itu lah ia diberi gelaran Mall Of Asia. Haa, jujur kami cakap, penat tau berjalan dalam MOA ni, sampai nak tercabut kaki! 

Uniknya, pusat beli belah ini dibahagi kepada 4 bangunan yang bersambung dengan laluan pejalan kaki dan lalu bertingakat iaitu, Main Mall, Entertainment Mall, SM Supermarket dan SM Hypermarket. Fuhh, siapa yang kaki shopping tu, confirm akan suka berjalan dalam MOA ni! 

3. Makan Tengahari Di Air Terjun Villa Escudero!

Haa, jangan terkejut kalau kami kata anda boleh makan tengahari dekat air terjun sambil menikmati pemandangan hijauan bumi tau! Siap boleh mandi atau bermain rakit buluh lagi lepas makan!

Bercuti Ke Manila Bersama Watsons

Tempat yang kami maksudkan ini adalah Villa Escudero, San Pablo Laguna iaitu sebuah ladang pertanian kelapa yang diasaskan sejak tahun 1880an oleh Don Placido Escudero dan isterinya Dona Claudia Marasigan. 

Untuk pengetahuan, pada asalnya ladang ini merupakan tempat penamanan tebu, namun ditukar kepada kelapa oleh anak lelaki mereka iaitu Don Arsenio Escudero pada awal 1900-an. 

Bercuti Ke Manila Bersama Watsons

Pada 1981, ladang ini telah dibuka kepada orang ramai dan menjadi sebuah resort destinasi pelancongan utama penduduk tempatan dan pelancong untuk melihat warisan budaya Filipina dari sudut sejarah, masakan, pakaian, adat resam dan keindahan alam semula jadinya. 

Bercuti Ke Manila Bersama Watsons

Namun, nasib kami tak seberapa baik pada waktu itu kerana pada hari yang kami pergi adalah hari pertama ribut tropika Nalgae. Jadi, tak banyak momen yang kami dapat tangkap, cuma kami diberi peluang untuk melawat beberapa kawasan dalam Villa Escudero! Memang best!

Bercuti Ke Manila Bersama Watsons

Selain itu, dah alang-alang sampai di bandar San Pablo, anda wajib singgah ke Sulyap Gallery Cafe Museum sebab dekat sini menempatkan ratusan koleksi antik daripada perabot kayu, seramik, hingga artifak keagamaan. 

Jujur kami cakap, muzium ini sangat menarik sebab daripada koleksi yang dikumpul dapat memberikan kami gambaran bagaimanakah kehidupan semasa era penjajah di Filipina. Jadi, kalau anda nak rasa sendiri pengalaman tersebut, jangan lupa singgah sini okay!

Lebih Banyak Percutian Menarik Bersama Watsons!

Wow, banyak juga tempat-tempat best yang ada di Manila ni, warga tempatan mereka pun semua ramah! Haa, destinasi ini memang wajib masuk dalam bucket list pelancongan anda lepas ni tau!

Seperti yang anda tahu, Watsons tak pernah mengecewakan pelanggan mereka dengan menyediakan pelbagai peraduan beserta hadiah yang sangat lumayan, selain daripada promosi hebat khas untuk pelanggan setia mereka. 

Bercuti Ke Manila Bersama Watsons

Baru-baru ini, Watsons dan rakan kolaborasi Tourism Promotions Board Philippines ada bagi “hint” kemungkinan akan ke pulau Cebu pula untuk peraduan seterusnya semasa majlis makan malam perpisahan bersama 40 orang pemenang peraduan Spin & Win di Ilustrado’s Restaurant, Intramuros. Wow, biar betul?!

Jadi, anda tunggu apa lagi? Pastikan anda kekal setia bersama Watsons untuk lebih banyak hadiah menarik, trip pelancongan yang lumayan serta diskaun hebat untuk barangan Watsons!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Watsons, atau ikuti media sosial di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...