Ikuti Cara Mudah Menyekat Kandungan Dewasa Di Netflix, Astro Go Dan HBO Go

Trending

Ikuti Cara Mudah Menyekat Kandungan Dewasa Di Netflix, Astro Go Dan HBO Go

Baru-baru ini kecoh apabila Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham meminta kerajaan untuk menapis kandungan di Netflix. Ini semua kerana konteks di dalam penstriman itu mempunyai kandungan yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Baca: Finas Gesa Kerajaan Kaji Kandungan Netflix

Advertisement

Tetapi cadangan ini tidak disambut baik oleh orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan apa yang diusulkan. Pastinya ramai yang tidak menyokong kerana pengguna membayar untuk melanggan streaming service itu, dan ada cara yang lebih baik untuk menyekat kandungan tidak sepatutnya. Bukan saja di Netflix tetapi juga di platform lain seperti Astro Go dan HBO Go.

Netflix

Untuk pastikan tiada adegan keganasan atau sebagainya yang tidak patut ditonton oleh kanak-kanak bawah umur, ikuti langkah mudah ini.

1. Buka laman Netflix pada laman web dan bukan pada aplikasi atau televisyen.
2. Klik pada Manage Profiles.
3. Pilih Profil yang mahu ditukar had tontonan.
4. Pada ruangan Allowed TV shows and movies, klik pada sekatan yang bersesuaian mengikut had umur pengguna profil.
5. Klik butang Save. Siap!

Kalau nak lebih senang, tonton video di bawah ini yang disediakan oleh Netflix tentang cara-cara menyekat kandungan dewasa pada profil.

Astro GO

Kalau anda nak tahu, Astro juga membenarkan anda mengawal kandungan bersesuaian untuk kanak-kanak bawah umur. Selepas menetapkan had yang bersesuaian di aplikasi, secara automatiknya akan dihadkan juga di televisyen yang disambungkan.

astro

Kredit: Amanz.my

  1. Klik pada Menu di aplikasi Astro GO
  2. Pilih Settings
  3. Preferences dan klik pada PIN Management (Astro secara default akan tetapkan pin pada 0000)
  4. Tukar PIN
  5. Pergi semula kepada Settings dan Preferences
  6. Parental Controls dan aktifkan Viewing Restrictions

Untuk di televisyen pun boleh tetapkan had juga!

HBO GO

Bagi pengguna HBO GO, caranya mudah sahaja. Hanya buka aplikasi, kemudian klik pada More >> Parental Control >> Update Limit. Untuk tetapan ini, anda boleh pilih had umur G, PG atau R mengikut kesesuaian had umur yang menonton. Dengan cara ini anda dapat menghalang kandungan yang tak sepatutnya ditonton kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

Tapi jangan risau, kerana kandungan dewasa yang lain masih lagi dapat ditonton jika anda memasukkan PIN yang sudah ditetapkan sebelum ini.

Kebanyakan platform seperti ini pastinya ada tetapan had menonton lagi-lagi untuk pengguna bawah umur. Tidak perlu ada gesaan atau paksaan untuk menapis kandungan di Netflix kerana semua ini boleh dikawal dengan tetapan yang disediakan.

Platform seperti Netflix juga mempunyai kandungan tempatan dan juga siri animasi yang boleh ditonton oleh kanak-kanak di bawah umur. Sekiranya anda kandungan yang tidak bersesuaian, ibu bapa perlu lebih bijak mengawal dengan tetapan disediakan.

Artikel berkaitan: Netizen Kecam Tindakan Finas Tapis Filem Netflix, Kini Heboh Kemunculan Aflix

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...