Naim Daniel memberi respond positif mengenai trend pelakon lelaki yang menayangkan badan sasa mereka sebagai pengisian kandungan media sosial mereka.
Sebab sekarang bukan sahaja imej luar tapi imej di sosial media pun kena jaga.
Memetik dari Mstar, menurut pelakon dan penyanyi itu, ia berbalik kepada niat juga. Mereka perlu menunjukkan pencapaian yang baik dan bukan sekadar mempamerkan otot semata-mata.
Ikut niat kot, kalau nak belanja, belanja. Apapun kena pastikan popular sebab apa? Bukan sekadar tayang badan tapi kena ada pencapaian sekali.
Naim turut berkata trend tersebut boleh menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Pelakon dan penyanyi itu juga berpendapat mereka yang bekerja dalam bidang seni perlu mempunyai fizikal yang sihat.