October 24th, 2019

Ramai yang tahu, meskipun Ruhainies sudah dua tahun menjalin hubungan cinta dengan Mr E, dia sehingga hari ini masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah kekasihnya kepada umum.

risteena munim

Kali ini, kakak kepada Ruhainies iaitu pelakon Risteena Munim turut melakukan perkara yang sama. Sebelum ini, dia pernah mengumumkan bakal menamatkan zaman solo pada November ini dengan buah hatinya, Ikhwan Khairuddin selepas enam tahun menyulam cinta.

risteena munim sorok wajah kekasih

Bagaimanapun, menerusi beberapa muat naik di Instagram, Risteena menutup wajah teman lelakinya itu.

Aksi suap-menyuap, romantik habis

 

 

Jika sebelum ini aksi suap-menyuap nasi kandar Ruhainies dan kekasihnya menerima kecaman, kini Risteena dan kekasih pula mempamerkan aksi romantik yang hampir sama.

Menurut Risteena, sejak beberapa hari lalu dia kurang selera makan sehingga teman lelakinya itu terpaksa membawanya ke restoran dan turut menyupkan makanan kepadanya.

Adik-beradik berlawan tayang

‘boyfriend’

risteena munimristeena munimristeena munim
Ada netizen mengatakan dua beradik ini seolah-olah ingin berlawan, menunjukkan kekasih siapa yang paling romantik dan ‘sweet’.

Tidak apa lah, biar mereka merasakan momen indah dan bahagia ketika perasaan cinta sedang hangat membara. Doakan yang baik-baik.


21 responses to “Ikut Jejak Langkah Ruhainies, Risteena Munim Sorok Wajah Kekasih”

  1. jurgen klopp says:

    cheras ke KL?
    wadepak u just read

  2. sis heran says:

    subuh 5..45am.
    bangun 6.00am.
    terus hantar awek gi shooting.
    nak bersweet2 lagi dalam kete at least sejam.
    sempat ke tak subuhnya?
    #sistanyajer

  3. ABC says:

    kelakar betul these two foolish sisters..so childish! playing peekaboo at this age??? pleasseeee…….

  4. Terima Kasih Yang Maha Esa says:

    Pendapat aku kan..klo kapel yg lum kawen or sdh kawen yg tayang2 kat sosmed tu post mcm2 yg sweet bergula tu…jarang sgt tu bersweet. Daty la bila ada sweet tus rekod and post.. sbbnya ni terjadi dgn aku tau…dari boyfriend sampai tunang dan akan berkahwin bulan Dec ni .. hampir tiap hari sweetnya.. aku pun takda masa nak rakam nak post nak share..sbb benda berlaku tiap hari… contoh sweet yang aku rasakan.. klo makan bersama dia suka nak suapkan aku alasanya nak suh aku rasa makanan yg dia order tu sedap ke tak, then klo kami join larian or hiking, secara spontan dia ikatkan tali kasut aku yg terbuka tu, lap peluh la… time tu ramai org tgk, aku wat x nampak jer sbb malu tp dlm hati alahai sweetnya bakal laki aku ni then byk lagi sweeetnya aku tak sempat nak post tiap hari…Benda ni bukan sekejap dah 8 tahun, amek masa 8 thn coz kami nak lepas kawen hidup selesa aman damai. Terima Kasih membaca kisah sweetku ini. Doakan aku ya.. moga kalian juga hidup bahagia till Jannah…

  5. Lolz says:

    Tergelak aku baca komen ‘Bunga apa tu.. taik ayam ker’.. Ada-ada je la org Malaysia skrg ni..

Loading...