February 28th, 2020

Kontroversi sengketa yang berlaku antara Ali Puteh dan isteri arwah Abam iaitu Noor Hidayah memang cukup hangat diperkatakan, semuanya didakwa berpunca dari soal harta sehingga pelbagai spekulasi timbul membuatkan keluarga itu pecah belah.

abam bocey

Meskipun apa yang berlaku secara tidak langsung telah mengaitkan dirinya dan mencalarkan imej keluarga, ibu arwah Abam, Sabariah Arshad enggan memikirkan konflik yang terjadi.

Advertisement

Dia tidak ambil pusing dengan kontroversi tersebut kerana Hidayah sendiri yang membuat keputusan untuk keluar dari rumah.

nor hidayah ibu mentua jangan makan harta anak yatim

Saya tahu apa yang berlaku, Ali ada cerita semuanya, tapi saya malas fikir. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ikut dialah nak keluar ke, tak nak keluar ke. Saya tak ada nak cakap apa, saya tak hirau tentang itu.

Saya fikir anak saya yang sudah pergi sahaja. Macam mana kehidupan saya selepas ini.

ali puteh kakak ipar

Advertisement

Jelasnya lagi, baik Hidayah atau dirinya, masing-masing tidak pernah berhubung selepas pemergian Abam.

Dia tak ada nombor telefon saya, saya pun tak simpan nombor telefon dia. Saya hanya tahu nombor yang sudah disimpan dalam telefon. Yang ada dalam telefon ni nombor anak-anak sahaja.

ibu abam boceyTerdahulu, Ali  tampil memohon maaf di atas keterlanjuran memuat naik status berbaur emosi dan kasar terhadap kakak iparnya Namun, dia tetap merasa berkecil hati terhadap Hidayah kerana mengeluarkan ungkapan tidak sepatutnya kepada ibu mentuanya agar tidak memakan harta anak yatim, ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang Abam pada hari keempat kematian arwah.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement

51 responses to “Ikut Dialah Nak Keluar Ke Tak, Saya Tak Hirau – Ibu Arwah Abam Enggan Fikir Konflik Dengan Menantu”

  1. Anonymous says:

    Teruknya perangai mak mertua. arwah abam pernah pesan jaga anak dia selepas dia mati.

  2. Anonymous says:

    Memang jauh beza crita kematian abam and ashraf sinclare…dimana keluarga abam mcm tak hiraukan menantu,seriouslah tak simapn no.phone ahli keluarga (menantu keluarga gak apa) . Beza dengan BCL dimana mertua sgt menghargai dia sbb mengasihi dan mencintai anaknya sepenuh hati..xde plak konflik harta. Apa2 pun harap ada penyelesaian untuk balu abam dan family mertua.

  3. Anonymous says:

    abang nara, kenapa blog kamu ni tak dpt nak baca semua komen? setting macam lain dari dulu.

  4. whatever says:

    complicated nye perhubungan ini huhuhuhu

  5. Anonymous says:

    upah sapa tulis skrip……. sempurna sngt cerita….2 klai PC cerita dan penggunaan perkataan tak lari…… skrip dan pelakon bagai irama dan lagu….. tak mungkin terpisah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...