February 28th, 2020

Kontroversi sengketa yang berlaku antara Ali Puteh dan isteri arwah Abam iaitu Noor Hidayah memang cukup hangat diperkatakan, semuanya didakwa berpunca dari soal harta sehingga pelbagai spekulasi timbul membuatkan keluarga itu pecah belah.

abam bocey

Meskipun apa yang berlaku secara tidak langsung telah mengaitkan dirinya dan mencalarkan imej keluarga, ibu arwah Abam, Sabariah Arshad enggan memikirkan konflik yang terjadi.

Dia tidak ambil pusing dengan kontroversi tersebut kerana Hidayah sendiri yang membuat keputusan untuk keluar dari rumah.

nor hidayah ibu mentua jangan makan harta anak yatim

Saya tahu apa yang berlaku, Ali ada cerita semuanya, tapi saya malas fikir. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ikut dialah nak keluar ke, tak nak keluar ke. Saya tak ada nak cakap apa, saya tak hirau tentang itu.

Saya fikir anak saya yang sudah pergi sahaja. Macam mana kehidupan saya selepas ini.

ali puteh kakak ipar

Jelasnya lagi, baik Hidayah atau dirinya, masing-masing tidak pernah berhubung selepas pemergian Abam.

Dia tak ada nombor telefon saya, saya pun tak simpan nombor telefon dia. Saya hanya tahu nombor yang sudah disimpan dalam telefon. Yang ada dalam telefon ni nombor anak-anak sahaja.

ibu abam boceyTerdahulu, Ali  tampil memohon maaf di atas keterlanjuran memuat naik status berbaur emosi dan kasar terhadap kakak iparnya Namun, dia tetap merasa berkecil hati terhadap Hidayah kerana mengeluarkan ungkapan tidak sepatutnya kepada ibu mentuanya agar tidak memakan harta anak yatim, ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang Abam pada hari keempat kematian arwah.

Sumber Berita : mStar Online


51 responses to “Ikut Dialah Nak Keluar Ke Tak, Saya Tak Hirau – Ibu Arwah Abam Enggan Fikir Konflik Dengan Menantu”

  1. Anonymous says:

    Alamak, hari jumaat. Xleh nk ckap benda x elok

  2. unknown says:

    awat laguni makcik oiiii.. dengaq cerita dari Ali yer.. Abam sorang ja ka anak makcik? xdak anak lein nak jaga makan minom makcik ka? sedih anak yg lein dengaq.. awat dok buat terok sgt nih.. Makcik hilang anak, makcik ada anak lein.. Hidayah hilang somi, ada somi lein ka makcik.. makcik hilang anak x sama dengan Hidayah hilang somi.. dh hampa minta suma benda somi dia macam dia nih orang luaq mmg padan laa dia keluaq dr rumah tu.. adik ipaq pon korg ajaq siap panggey binatang lg.. apa punya family nihhhh.. apa pon jangan dok lupa bagi hak Hidayah dengan anak dia nahh..

  3. Miu says:

    Betul, kalau aku pun taknak duduk dalam rumah tu kalau orang tak pedulikan kita, tak kisahkan kita…sepatutnya yang bini rungsing , macamana saya selepas kematian suami…mak dia kan ada anak lain ..masa ni la anak anak lain ambil alih tugas jaga mak…eloklah mahkamah setelkan urusan faraid ni..confirm tak ada yang teraniaya..lain betul penerimaan yang BCL dapat dari mertua dia…lagi la nak kata ada harta si asyraf tu, dengan bisness nya…but love come first…they love BCL dan noah..saya boleh rasa their love are contageous.lain dengan Hidayah ni..tak nampak ada orang ambil gambar nampak family mertua bagj semangat ke apa…lain, lain..kesian hidayah..entahlah

  4. Anonymous says:

    ELOK LA MAKCIK WAT TAK TAU JER….NANTI MAKCIK YANG STRESS ADA MENANTU TU KESAH…

  5. Anonymous says:

    mak dia punya ayat…uiiii kalau aku sebagai menantu dia, pun tak ingin dah nak berbaik weh. Ibarat dia tak peduli dah ke menantu tu sebab tu bukan anak dia, anak dia dah meninggal. Yang mak dia peduli macam mana hidup dia sebab anak dah meninggal sapa nak jaga dia, maka secara tak lansung adakah benar pihak keluarga beliau memang nakkan seluruh harta arwah ?? haaaa gituuu…. dia punya ayat menantu dia baca pun kecik hati oiiiii…. Tak simpan nombor, tak tanya kabar, tak bercakap..beliau sebagai mak patutnya sama samalah saling bertanya kabar menantu yg kehilangan suami.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...