February 28th, 2020

Kontroversi sengketa yang berlaku antara Ali Puteh dan isteri arwah Abam iaitu Noor Hidayah memang cukup hangat diperkatakan, semuanya didakwa berpunca dari soal harta sehingga pelbagai spekulasi timbul membuatkan keluarga itu pecah belah.

abam bocey

Meskipun apa yang berlaku secara tidak langsung telah mengaitkan dirinya dan mencalarkan imej keluarga, ibu arwah Abam, Sabariah Arshad enggan memikirkan konflik yang terjadi.

Dia tidak ambil pusing dengan kontroversi tersebut kerana Hidayah sendiri yang membuat keputusan untuk keluar dari rumah.

nor hidayah ibu mentua jangan makan harta anak yatim

Saya tahu apa yang berlaku, Ali ada cerita semuanya, tapi saya malas fikir. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ikut dialah nak keluar ke, tak nak keluar ke. Saya tak ada nak cakap apa, saya tak hirau tentang itu.

Saya fikir anak saya yang sudah pergi sahaja. Macam mana kehidupan saya selepas ini.

ali puteh kakak ipar

Jelasnya lagi, baik Hidayah atau dirinya, masing-masing tidak pernah berhubung selepas pemergian Abam.

Dia tak ada nombor telefon saya, saya pun tak simpan nombor telefon dia. Saya hanya tahu nombor yang sudah disimpan dalam telefon. Yang ada dalam telefon ni nombor anak-anak sahaja.

ibu abam boceyTerdahulu, Ali  tampil memohon maaf di atas keterlanjuran memuat naik status berbaur emosi dan kasar terhadap kakak iparnya Namun, dia tetap merasa berkecil hati terhadap Hidayah kerana mengeluarkan ungkapan tidak sepatutnya kepada ibu mentuanya agar tidak memakan harta anak yatim, ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang Abam pada hari keempat kematian arwah.

Sumber Berita : mStar Online


51 responses to “Ikut Dialah Nak Keluar Ke Tak, Saya Tak Hirau – Ibu Arwah Abam Enggan Fikir Konflik Dengan Menantu”

  1. HATERZNERAKA says:

    MEMANG LA TAKDE NOMBOR TEPON MENANTU KALAU DAH SELAMA NI DUDUK SERUMAH DGN DIA..DIA YANG URUS MAKAN MINUM KAU SEMUA.. BILA SUAMI DIA MENINGGAL, DIBIARKAN PULA KELUAR DARI RUMAH SUAMI DIA. HAIH.

  2. Si Kakak says:

    Family ni memang 100% mengharapkan Abam agaknye…baru teringat , Si Ali tu dulu nikah kawin pun Abam yg uruskan…hurm…..sesuatu yg fishy di situ..no wonder lah Ali beria ambik semuanya…Emaknya pun kesian juga..x nasihat ke si Ali tu..?

  3. mimi says:

    “Saya fikir anak saya yang sudah pergi sahaja. Macam mana kehidupan saya selepas ini..”

    Hmm memang anak macik ni Abam je ke? Patutnya fikirkan la menantu dan cucu yang ditinggalkan tu, macik. Perjalanan diorg jauh lagi. Macik di usia macam tu tak tau berapa lama lagi tinggal hmmmmm malas nak cakap aih. Patut perbanyakkan amalan dah, jaga silaturrahim cucu dah Haih

  4. Anonymous says:

    mak dia selama ni byk brgantung pd Arwah. so bila arwah dh meninggal ptut dia leih sygkan cucu dan menantu utk mngubati rindu,. tp ni terbalik plk jadinya.. nilah kalau ada yg jd batu2 api

  5. anon says:

    admin BN. ruangan komen ni tak boleh nampak semua komen. nampak 1-2 je. kembalikan ruang komen yg lama.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...