Terbaru, polis mengesahkan bahawa pihak mereka sudah pun mengambil keterangan daripada seorang penyanyi lagenda susulan dakwaan menyerang penyanyi, Shila Amzah secara verbal sewaktu sesi latihan konsert dijalankan, baru-baru ini.
Didapati daripada hasil siasatan, suspek melakukan hal tersebut susulan tidak berpuas hati Shila Amzah mengikut campur masalah keluarganya.
Difahamkan daripada Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, suspek sudah pun dipanggil untuk rakaman percakapan.
View this post on Instagram
Hasil siasatan mendapati punca kejadian ini adalah suspek tidak berpuas hati terhadap pengadu kerana mencampuri masalah keluarganya.
Menurut Mohamed Usuf, setakat ini seramai empat individu telah dirakam percakapan dan tiada laporan tambahan diterima daripada pihak lain.