Ikut 7 Langkah Ini Untuk Bayar PTPTN Secara Online. Mudahnya!

Trending

Ikut 7 Langkah Ini Untuk Bayar PTPTN Secara Online. Mudahnya!

“Tak sempat lah wehh nak bayar, esok jela aku pergi PTPTN”.

Advertisement

Itu antara dialog peminjam yang jenis liat nak membuat bayaran balik pinjaman disebabkan masalah masa. Kadangkala aktiviti harian boleh menyebabkan kita kadang-kadang lalai dan terlupa untuk melangsaikan hutang tertunggak sehingga boleh menyebabkan risiko nama peminjam di senarai hitam imigresen.

Bukan sekadar itu je, malah peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman juga boleh mendatangkan kesan kepada bakal-bakal peminjam di masa hadapan kerana dana yang diperuntukkan itu tidak dapat digunakan semula.

Peka dengan masalah kesuntukan masa yang dihadapi oleh peminjam, PTPTN telah membuat kerjasama dengan beberapa bank tempatan untuk memudahkan proses bayaran balik pinjaman pelajaran itu. Tiada lagi soal susah atau nak pergi jauh2.

Ianya dapat dibuat dalam hanya 5 minit sahaja, ketika waktu rehat, lepas waktu pejabat, sebelum masuk pejabat atau lain-lain waktu yang terluang.

Berikut adalah 7 langkah mudah untuk membuat bayaran balik PTPTN melalui CIMB Clicks sebagai contoh..

1 – Layari laman web CIMB Bank Berhad  – https://www.cimbclicks.com.my dan masukkan kata laluan dan kata kunci anda.

2 – Pilih Pay Bills 

3 – Klik From  -> “Saving Account kemudian klik pada lubang CIMB Cliks. Selepas itu tapiPTPTN dan pilih PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan.

4 – Pastikan semua butiran betul kemudian tekan Submit.

5 – Setelah itu, isi butiran-butiran pembayaran di skrin berikutnya.
    – Borrower IC Number (Contoh: 880921146889)
    – Telephone Number (Contoh:01123456789)
    – Amount (RM): (Contoh : 200)
    – Klik ? Add this biller to My Favourite Untuk tujuan pembayaran berkala
    – Klik Proceed to Payment

6 – Selepas memastikan kesemua butiran yang dimasukkan tepat, klik pada butan Request TAC Number dan masukkan nombor TAC yang dihantar oleh pihak bank.
7 – Akhir sekali, klik pada butang Submit dan cetak atau simpan resit sebagai bukti pembayaran.

Selain CIMB, pembayaran balik pinjaman PTPTN dapat juga boleh dilakukan di beberapa servis Online Banking lain seperti Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Public Bank, RHB Bank, Pos Online, Affin Bank, Ambank, Agro Bank, dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara-cara pembayaran balik pinjaman secara atas talian bolehlah layari http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-secara-online atau boleh terus hubungi talian 03-2080 4455 untuk bantuan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...