“Tak sempat lah wehh nak bayar, esok jela aku pergi PTPTN”.
Itu antara dialog peminjam yang jenis liat nak membuat bayaran balik pinjaman disebabkan masalah masa. Kadangkala aktiviti harian boleh menyebabkan kita kadang-kadang lalai dan terlupa untuk melangsaikan hutang tertunggak sehingga boleh menyebabkan risiko nama peminjam di senarai hitam imigresen.
Bukan sekadar itu je, malah peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman juga boleh mendatangkan kesan kepada bakal-bakal peminjam di masa hadapan kerana dana yang diperuntukkan itu tidak dapat digunakan semula.
Peka dengan masalah kesuntukan masa yang dihadapi oleh peminjam, PTPTN telah membuat kerjasama dengan beberapa bank tempatan untuk memudahkan proses bayaran balik pinjaman pelajaran itu. Tiada lagi soal susah atau nak pergi jauh2.
Ianya dapat dibuat dalam hanya 5 minit sahaja, ketika waktu rehat, lepas waktu pejabat, sebelum masuk pejabat atau lain-lain waktu yang terluang.
Berikut adalah 7 langkah mudah untuk membuat bayaran balik PTPTN melalui CIMB Clicks sebagai contoh..
1 – Layari laman web CIMB Bank Berhad – https://www.cimbclicks.com.my dan masukkan kata laluan dan kata kunci anda.
2 – Pilih Pay Bills
4 – Pastikan semua butiran betul kemudian tekan Submit.