Ikut 10 Adab Ini Bila Nak Berhenti Kerja,Tanda Hormat Pekerja Kepada Majikan

Trending

Ikut 10 Adab Ini Bila Nak Berhenti Kerja,Tanda Hormat Pekerja Kepada Majikan

Pastikan betul-betul buat keputusan untuk berhenti sebelum beritahu majikan. Kalau masih teragak-agak, diamkan dulu. Bincang dan maklumkan secara lisan hasrat untuk berhenti sebelum mengemukakan surat perletakan jawatan.

Advertisement

Berikan majikan bayangan dulu. Sesetengah bos cepat terperanjat.

Bos juga ada perasaan. Belai perasaan itu. Biar dia menjadi orang pertama tahu kita nak berhenti kerja; bukan mendengarnya melalui orang lain.

Berikan notis perletakan jawatan mengikut tempoh yang sewajarnya.

Sekiranya kontrak pekerjaan mensyaratkan tiga bulan, patuhi syarat itu.

Sehingga saat terakhir kita meninggalkan tempat kerja, kita adalah staf walaupun dalam tempoh bercuti. Usah lakukan perkara yang bertentangan dengan peraturan organisasi.

Berikan yang terbaik kepada organisasi sehinggalah kita menamatkan tugas. Memberikan notis perletakan jawatan bukanlah alasan untuk kita culas.

Walau apa sekali pun alasan kita berhenti, usah berikan orang lain tanggapan bahawa kita berhenti kerana tidak berpuas hati dengan majikan dan bos.

Simpan ketat-ketat perasaan itu.

Elakkan menulis buruk mengenai organisasi dan bos di media sosial, walaupun secara sindiran.

Berusaha untuk teruskan hubungan baik antara kita dan organisasi serta bos.

Ucapkan penghargaan dan terima kasih kepada bos kerana berikan peluang. Mungkin suatu masa nanti dia boleh berikan peluang lain kepada kita lagi.

Apabila kita melangkah keluar, usah pandang ke belakang.

Berilah peluang pengganti kita untuk melakukan apa yang terbaik. Ketap bibir kuat-kuat. Usah berikan teguran atau kritik dia, termasuklah di belakang. Biarkan dia melakukan sesuatu yang mungkin kita tak mampu lakukan dulu.

Usah minta orang kenang budi kita selama berkhidmat dulu.

Ingatlah, amat sedikit manusia yang tahu kenang budi, sama seperti amat sedikit manusia yang mahu bayar hutang. Biarlah kita menjadi manusia yang seronok berbudi, tanpa mengharap orang kenang budi.

Sumber : Norizan Bin Sharif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...