Iklim Sejuk Landa Utara Dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Trending

Iklim Sejuk Landa Utara Dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Jika anda tinggal di sebelah utara dan Pantai Timur Malaysia, pasti dapat merasakan iklim yang semakin sejuk sejak kebelakangan ini. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia semalam, suhu pada bulan Januari dan Februari di Malaysia secara relatif adalah lebih sejuk berbanding bulan yang lain.
q731_cold-person-0710301
Iklim sejuk yang melanda penduduk kawasan Utara dan Pantai Timur Semenanjung ialah disebabkan Angin Timur Laut yang bertiup dari arah Tanah Besar China yang sedang mengalami musim salji.

Keadaan awan yang kurang meliputi ruang udara Semenanjung juga memberi kesan kepada perubahan iklim ini. Bagaimanapun, apa yang boleh difahami, kadar kesejukan di Malaysia tidak akan membawa kepada turunnya salji kerana negara kita terletak betul-betul di tengah garisan Khatulistiwa dan menerima cuaca panas dan lembab sepanjang tahun.

Advertisement

Dalam kenyataan yang sama, Jabatan Meteorologi memberitahu bahawa berita salji turun di Indonesia ialah palsu.

Suhu sejuk yang turut memberi kesan kepada beberapa negara lain pula dikatakan berlaku kerana aktiviti matahari yang berada pada tahap minimum berikutan kurangnya letupan solar pada permukaan bintang itu.

Suhu sejuk ini dijangka berterusan sehingga seminggu lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...