Iklim Dunia Makin Parah, Rakyat Perlu Sedar!

Branded

Iklim Dunia Makin Parah, Rakyat Perlu Sedar!

Seperti yang kita tahu, alam sekitar menempatkan pelbagai jenis habitat flora dan fauna yang dapat membantu untuk menstabilkan ekosistem serta iklim dunia. 

Namun, akhir-akhir ni, iklim dunia semakin membimbangkan disebabkan oleh banyak faktor dan salah satunya adalah tindakan manusia yang tak bertanggungjawab terhadap alam. 

Antara kesan iklim yang kita dapat lihat sekarang ni adalah banjir kilat paling teruk di Seoul, Korea selepas 80 tahun, peningkatan suhu sehingga 45 darjah Celsius di Sepanyol, dan banyak lagi. 

Jadi, untuk mengurangkan kesan iklim dan memulihkan alam sekitar, pihak Sunway tampil dengan inisiatif “Explorer Rangers” untuk membantu memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya anak-anak muda.

Pupuk Perasaan Cinta Pada Alam Sejak Usia Muda

Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya, Sunway Theme Park bekerjasama dengan beberapa konglomerat terbesar Malaysia dan institusi kerajaan termasuk Kementerian Pendidikan, untuk memupuk pengelibatan kanak-kanak dalam projek penyelidikan dan pemuliharaan alam sekitar. Terbaik!

Explorer Rangers yang pada asalnya eksklusif untuk Sunway Lost World Of Tambun telah menerima sambutan yang memuaskan daripada pengunjung, menjadikan ia kini boleh didapati di kedua-dua taman tema iaitu Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun. 

Apa yang membezakan program ini dengan yang lain adalah pelaksanaan pembelajaran unik iaitu in-situ yang mana kanak-kanak boleh berinteraksi dengan haiwan eksotik di tapak. Wah, bestnya!

Untuk pengetahuan, pembelajaran in-situ adalah konsep pembelajaran sains dengan tahap rangsangan deria berbeza yang membantu pelajar untuk memerhati, mempelajari dan memahami proses kompleks menggunakan cara yang lebih menarik dan cekap. 

Bukan itu saja, program ini juga menawarkan pelbagai sesi praktikal menarik di mana parameter persekitaran akan mempunyai kaitan secara langsung dengan sukatan pelajaran yang diajar. Bagusnya!

Melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kumpulan Pendidikan Sunway, Enrich Junior, Maybank dan lain-lain, Taman Tema Sunway berharap untuk melaksanakan dan memacu perkara berikut: 

  • SDG 4: Pendidikan berkualiti 

Pergerakan dalam usaha antara Taman Tema Sunway dan Kementerian Pendidikan untuk membawa masuk pelajar B40 dari seluruh Lembah Klang untuk menyertai program ini.

  • SDG 15: Kehidupan di darat

Program seperti “Wildlife Educational Program”, “No Single Plastic Use”, “Do Good Feel Good” dan banyak lagi program merupakan inisiatif Taman Tema Sunway untuk terus komited dalam usaha melindungi, memulihkan dan menggalakkan penggunaan ekosistem secara mampan. 

  • SDG 17: Perkongsian untuk matlamat 

Taman Tema Sunway bekerjasama dengan Sunway Education Group, khususnya Sunway International Schools menawarkan program tadika dan sekolah rendah kepada kanak-kanak untuk memastikan peluang yang inklusif dan saksama untuk semua pelajar.

Inisiatif ini juga dapat dilaksanakan menerusi tajaan Taman Tema Sunway kepada Kementerian Pendidikan bernilai RM330,000 yang akan memanfaatkan sekolah B40 terpilih melalui kempen ‘Sekolahku Sejahtera’ anjuran pihak kementerian.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Sunway atau ikuti media sosial mereka di Facebook.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...