Iklan Raya Unik! Julie’s Tampilkan Iklan Raya Berdasarkan Sejarah?

Branded

Iklan Raya Unik! Julie’s Tampilkan Iklan Raya Berdasarkan Sejarah?

Bila dah nak raya ni, memang banyak iklan yang cukup menarik ditayangkan. Ada yang menyayat hati, ada juga yang mampu membuatkan anda ketawa terbahak-bahak.

Tapi, iklan raya Julie’s tahun ini dikatakan lain dari yang lain! Hmm, agaknya apa yang membuatkan iklan Julie’s kali ini berbeza ya?

Psst! Dengar cerita, iklan raya Julie’s mampu membuka pandangan anda kepada perspektif AI?

Pandangan AI Mengenai Isu “Gender Equality” Dalam Masyarakat Malaysia?

 

Wow, menarik kan konsep iklan raya Julie’s kali ini? Bukan sahaja menggunakan teknologi AI, tapi Julie’s juga mengetengahkan isu sosial yang sering terjadi di kalangan kita.

Mesti anda sering mengalami situasi seperti ini. Mana taknya, kita dibesarkan di dunia yang membezakan setiap orang dengan melihat jantina. Apa yang perlu dilakukan ataupun tidak seperti sudah tertulis.

Isu seperti ini, sering kali dipersoalkan dan diperjuangkan. Namun, tanpa anda sedar isu ini sudah sebati dengan fikiran anda. Tiada guna diperjuangkan dengan kata-kata, namun tiada tindakan yang diambil.

AI Hanya Menjalankan Tugas, Anda Yang Memberi Arahan

Sebab itu lah, AI pun tak mampu nak ubah fikiran dan kebiasaan anda. AI mungkin sudah menguasai dunia digital tapi, anda lah yang mengawalnya.

Iklan raya Julie’s kali ini, telah membuktikan bahawa setiap tindakan ataupun kata-kata yang diucapkan itulah yang akan dicontohi.

Namun anda juga dapat menerapkan nilai positif, seperti makna raya yang sebenar. Kemaafan dan berkongsi kegembiraan dengan yang tersayang bersama Julie’s Love Letters.

Mula Kembali 0 – 0 Bersama Julie’s Love Letters

Dengan Julie’s Love Letters, anda dapat berkongsi kegembiraan bersama keluarga dan rakan semasa hari raya nanti. Barulah, boleh ajar AI nilai positif!

Ingat mula kembali 0 – 0 dan kongsikan kegembiraan bersama.

Tunggu apa lagi, dapatkan Julie’s Love Letters di pasaraya berhampiran anda sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Julie’s dan ikuti media sosial Julie’s di Facebook, Instagram, You Tube.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...