Iklan Raya Tak Semestinya Sedih, Ini Senarai Iklan Raya WAJIB Tonton 2023!

Branded

Iklan Raya Tak Semestinya Sedih, Ini Senarai Iklan Raya WAJIB Tonton 2023!

“Uish, banyaknya pilihan! Mana satu nak tengok ni!”

Tak terasa dah nak dekat sebulan kita berpuasa kan? Bila dah nak masuk minggu akhir ni, segala berkaitan raya mesti dah terbayang dalam kepala. Mana tidaknya, dah tak sabar nak pulang ke kampung jumpa sanak saudara, betul tak?

Tapi min perasan ada satu benda yang rakyat Malaysia selalu nantikan bila masuk bulan Syawal. Haa, apa lagi kalau bukan iklan raya! Dah..dah! Tak payah pening kepala nak search satu-satu! Jom kami kongsikan senarai iklan raya yang berjaya menarik perhatian beautifulnara tahun ni.

Watsons- Rahsia Gaya Raya

Haa, iklan ni bukan setiap tahun kita tunggu, tapi setiap kali perayaan memang tak sabar nak tengok!

Fuh, bahaya ni kalau sampai ada Divatektif dalam iklan raya! Anda rasa siapa SUSPEK sebenar dalam kes kehilangan harta turun-temurun keluarga Ayda? Kali ni siapa pulak yang dapat memenangi hati Mak? Ayda ke Fina? Kalau nak tahu, kenalah tonton!

Vochelle- Raya Bersama Cuti Bersama

Hmm tapi memang betul, selalu kalau iklan raya tak tema sedih mesti Dulu vs Sekarang kan? Tapi Vochelle pelik betul! Ish.. ish.. ish.. Makan coklat pun dapat ke Turki! Memang lain sangat!

Eh ada yang teracun jugak ke? Haa kalau nak tahu macam mana nak menang, kena tonton video ni sampai habis!

Yes 5G- Hubungan Uncapped 

Selalu bila balik kampung, mesti kena tegur dengan orang tua supaya jangan main telefon sangat! Katanya nanti tak bergaul. Hmm, tapi ni kan dah 2023…Cara kita eratkan silaturahim pun dah lain!

Macam iklan Yes 5G ni! Dengan data Uncapped, satu keluarga dapat raya sakan! Anda pun nak jadi macam famili Yes 5G juga? Jom tengok sekarang!

Jasmine Food- Joget Opah

Amboi seronoknya Opah berjoget! Tapi malu la pulak bila dah berusia joget depan orang ramai. Kesian cucunya!  Apa sebenarnya tujuan opah? Nak viral ke atau ada niat lain? Hmm, min pun tak tau nak cakap, anda kena nilai sendiri!

Gamuda Land- Mak Kau Tak Hijau!

Dalam banyak-banyak warna, mesti warna hijau yang paling sinonim dengan raya kan? Tapi anda tahu tak yang ada maksud lain di sebalik perkataan Hijau? Nak tahu definisi Raya Hijau Gamuda Land tahun ni? Tengok lah video ‘Mak, Kau Tak Hijau!’

SAJI- Manih-Manih Podeh

Syoknya kalau setiap hari dapat review makanan macam Ilham kan? Eh, tapi kenapa tiba-tiba Ilham terdiam ni? Sedap sangat ke sambal paru yang direview tu? Atau teringat kembali kisah lama? Hmm…

Tapi betul apa orang dulu pernah pesan. Bahagia bukan pada apa yang kita ada, tetapi siapa yang kita ada. Nak tahu kisah lanjut, kena lah tonton iklan yang menampilkan pelakon terkenal, Faizal Hussein dan Fimie Don ni!

Sunway- Lestari Raya

Kalau dapat ke bazar Ramadan, mesti macam-macam nak dibeli. Tapi, anda sedar tak, berapa banyak plastik bungkusan yang kita gunakan sehari. Itu baru satu rumah. Belum setiap rumah di Malaysia lagi! Phew…

Tapi, masih belum terlambat! Jom hari raya ni kita ikut petua dari Abang Hero! Baru lah Lestari Raya tahun ni!

McDonald’s- Jangan Tunggu Lama-Lama

Siapa kat sini jenis buat kerja last minit? Angkat tangan! Haa, anda sama je macam Ali. Semua benda mesti kena remind awal. Last sekali, semua benda tak jadi macam dirancang! Hmm, anda rasa Ramadan tahun ni dapat tak Ali tebus balik janji dia bersama keluarga dan bestie? 

Mr DIY- Raya Serba Baharu, Barulah Raya!

Lah, min baru tahu rupanya dah lama Wani dan Ara ni bergaduh. Sejak dari tadika lagi! Walaupun nampak happy dekat sosial media, rupanya sama-sama tengah bersaing! Pergh!

Haa, tapi kalau bersaing untuk benda yang baik, bagus jugak kan? Mana tahu dari perselisihan faham wujud rasa kemaafan dalam diri masing-masing! Nak tahu apa yang diorang sebok sangat nak bersaing tu? Kena lah tengok iklan raya MR. DIY!

EcoWorld- Lebaran Sempurna Tika Bersama

Apa definisi raya sempurna anda? Masuk rumah baru? Baju baru atau hidangan raya baru? Setiap dari kita mesti ada definisi raya tersendiri. Tapi paling penting, lebaran akan lebih sempurna bila dapat bersama dengan keluarga yang dekat di hati. Macam keluarga Eco World! Sweetnya!

Pocky- Pocky Raya Penuh Kegembiraan

 

Susah jugak bila tak sekepala dengan sepupu kan? Tak boleh nak enjoy bila tiba nak beraya di kampung. Haa, tapi kena lah pandai mulakan langkah untuk eratkan lagi hubungan yang dah lama tak terjalin tu. Contohnya macam kongsi sesuatu kemanisan bersama-sama. Confirm dia tak reject!

Coway- Lembaran Baru Lebaran

Mak-mak Asia ni memang tak lari dari pantang larang kan? Nak menyanyi dekat dapur tak boleh, nak duduk atas bantal pun kena marah dan macam-macam lagi! Fuh, 1001 larangan! Tapi anda tahu tak, sebenarnya ada maksud lain dalam setiap apa yang dilarang! Paling best, budak zaman sekarang pun boleh relate!

S P Setia- Lembaran Baru, Setia Bersama

Stres jugak bila hari-hari kena siapkan tempahan orang tanpa dibayar. Rumah pun dah penuh dengan longgokan kain. Urgh! Tapi anda tahu tak,  waktu ni lah kita kena berlumba-lumba buat kebaikan. Bukan setakat menderma sahaja tau. Banyak lagi cara nak menderma. Contohnya macam amalan tradisi keluarga Nana! Bagus betul!

Kawan Food- Siapa Mama K Korang?

Sebenarnya, nak cipta kasih sayang dan momen bahagia tu senang je. Anda pun boleh jadi Mama K bersama keluarga. Tak perlu berhabis duit untuk bahagia. Cukup jaga perut, confirm satu rumah gembira! So, siapa Mama K anda?

Julie’s Biscuits- Kisah Raya P.E.R.I.T

Fuiyoo, epik gila iklan Julie’s tahun ni! Min ingatkan iklan ‘omputih’ tadi! Timah pun tak kurang hebat jugak. Sejak dah berpisah dengan ayah Farah, macam-macam dia plan untuk pulang beraya lebih lewat sebab tak nak bertembung dengan bekas suami. Pening kepala! 

Haa, tahun ni, Timah and the geng rancang apa pula? Balik raya awal ke? Atau buat rancangan yang mindblown?

Texas Chicken- Balik Beraya With Ayam 8LADA

Dah get ready nak menempuh jem balik raya nanti? Min nak pesan siap-siap ni. Sebelum pulang ke kampung, periksa semua benda dahulu. Bila dah selamat baru lah boleh teruskan perjalanan. Paling penting, beli dahulu makanan berbuka puasa siap-siap! Macam Ayam 8LADA! Dengan rasa yang unik dari 8 jenis perapan lada, Confirm lagi segar nak bawa kereta!

Ikano Centres- Rasai Kemeriahan Raya Maksimum! Jom ke IPC Shopping Centre

Kelengkapan raya tak settle lagi? Sempat lagi ke nak settlekan semua benda? Haa, jangan risau gais! IPC Shopping Centre kan ada! Dari hujung rambut sampai hujung kaki semua boleh settle dalam masa sehari! 

Eh, min dengar IPC siap nak bagi diskaun ekstra kalau anda shopping sekarang! Pergh baekk ni! So, tunggu apa lagi gais, cepat serbu!

Tropicana Twister- Eratkan Jalinan dengan Tropicana Twister

Haih, dah berapa kali dah ni min asyik kesat air mata. Begitulah pengorbanan bila dah duduk jauh. Rindu betul masakan mak sama macam Azhar. Nak balik ke kampung, tiket bas pula mahal! Eh, tapi, kenapa Azhar tiba-tiba tarik beg roda tu? Dapat naik bas PERCUMA ke? Kena tengok ni!

Manjaku- Mesra Raya, Mariah Keluarga

Lumrah seseorang yang ada adik beradik memang ada je yang nak bersaing kan? Siapa yang pandai menyanyi la, pandai buat kuih raya, masak menu kesukaan mak. Psst..psst..Sampai baju raya siapa paling lawa pun nak compare jugak. Urgh! 

Sama la macam Mardiana dengan Ayuni. Tak boleh nak bertemu, macam anjing dengan kucing! Nasib baik mak ada! Jom tengok gelagat mereka!

Wah! Dalam tak sedar, dah banyak iklan raya yang kami kongsi dengan anda. Nak yang sedih ada, gembira ada, nak menari pun boleh! Mana satu pilihan iklan pilihan korang? Jangan lupa tinggalkan pendapat korang kat ruangan komen ya.

Beautifulnara nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin! 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...