Seperti yang diketahui umum, ramai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih bergelut untuk melunaskan hutang pendidikan mereka.
Situasi ini berlaku disebabkan oleh komitmen kewangan lain atau sikap sambil lewa terhadap bayaran balik.
Meskipun pelbagai kaedah ansuran telah diperkenalkan, kadar pembayaran balik masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
Justeru, PTPTN terus berusaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan peminjam, termasuk menerusi kempen yang lebih kreatif dan berkesan.
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan iklan PTPTN yang dipaparkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang telah menarik oerhatian ramai.
Menerusi iklan tersebut, ia memaparkan mesej tersirat kepada para peminjam yang masih belum melangsaikan hutang mereka.
Selamat bercuti kepada semua pelanggan PTPTN. Semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik anda.
@azrieidzmeer Kita bayar tau @PTPTNOfficial 🤣 tapi mana yang tak, mesti terasa kan? 😂 #ptptn #airport #klia2 #travel #airportvibes #klia #hutang ♬ sad SpongeBob music – michael
Iklan tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata meminta agar para peminjam untuk segera membayar pinjaman mereka.