Satu hantaran yang memaparkan iklan kerja kosong dimuat naik di Threads telah meraih perhatian ramai dan mencetuskankan pelbagai respon netizen.
Menerusi hantaran itu, sebuah syarikat yang bertempat di Putrajaya kini mencari pekerja untuk jawatan ‘Admin Takaful’ dan waktu kerja ditetapkan bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.
Namun, terdapat beberapa kriteria yang dinyatakan telah menjadi bualan netizen dan yang pertama sekali adalah gaji yang ditawarkan iaitu sebanyak RM1,300 sahaja.
Selain itu, syarikat tersebut juga meletakkan kriteria bagi jawatan tersebut hanya untuk perempuan dan bujang serta mempunyai kenderaan sendiri.
Perkara paling banyak dipersoal oleh netizen adalah gaji yang ditawarkan itu lebih rendah daripada gaji minimum yang ditetapkan iaitu RM1,700.
Malah ada yang berkata gaji bekerja sebagai pembantu rumah, pencuci atau staf di kedai retail jauh lebih banyak daripada apa yang syarikat itu tawarkan.
Tukang cuci dengan pejabat saya kerja pun gaji RM2,400.
Tak masuk akal
Netizen juga turut mengkritik syarikat itu kerana kriteria tersebut seperti tidak masuk akal kerana memilih perempuan bujang seolah-olah satu bentuk diskriminasi terhadap wanita yang sudah berkahwin dan berkeluarga.
Lokasi Putrajaya, nak ada transport sendiri, kerja hampir 8 jam tapi gaji hanya 1.3K. Dah la area conezion tu makan mahal, parking mahal. Last-last gaji habis ke daily commute and makan je.
Dalam pada itu, sesetengah netizen sempat memberi nasihat dan mengingatkan mana-mana individu untuk tidak memohon kerja tersebut kerana tidak berbaloi dan salah di sisi undang-undang.
Tidak lupa juga segelintir individu yang mencadangkan agar hal tersebut dilaporkan kepada Pejabat Buruh agar syarikat itu dikenakan tindakan.