Iklan Digantung, Jun Jihyun Diboikot Dek Isu Ini Dalam ‘Tempest’

Korea

Iklan Digantung, Jun Jihyun Diboikot Dek Isu Ini Dalam ‘Tempest’

Pelakon popular Korea, Jun Ji-hyun berdepan kecaman hebat di China gara-gara satu dialog dalam drama terbaharunya, Polaris.

Dalam salah satu babak, wataknya berkata, “Kenapa China suka berperang? Bom nuklear boleh jatuh di kawasan sempadan.” Dialog itu mencetuskan kemarahan besar dalam kalangan netizen China yang menuduhnya menghina negara tersebut.

Advertisement

jun jihyun

Kesan kontroversi itu nyata memberi impak pada kerjaya Jun Ji-hyun. Sebuah jenama fesyen China yang sepatutnya menjalani penggambaran iklan bersamanya di Seoul pada 25 September membatalkan projek tersebut sepenuhnya.

Menurut sumber industri, situasi ini lebih serius daripada jangkaan apabila kempen boikot mula merebak di platform media sosial China. Beberapa iklan melibatkan Jun Ji-hyun, termasuk produk kosmetik dan jam tangan, dilaporkan telah digantung.

Apa yang bermula dengan hanya satu dialog kini bertukar menjadi krisis besar, sekali gus menjejaskan masa depan kerjasama komersial Jun Ji-hyun di pasaran China.

kim jongkook isteri
2025-08-19 11:00:09

Media Korea Dedah Identiti Bakal Isteri Kim Jongkook - "Dia Cantik"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...