Iklan Bakal Muncul Di Aplikasi WhatsApp

Trending

Iklan Bakal Muncul Di Aplikasi WhatsApp

Setelah bertahun-tahun aplikasi komunikasi popular, WhatsApp, bebas daripada sebarang iklan, tetapi selepas ini perkara ini akan berubah.

Facebook sebagai pemilik WhatsApp sebenarnya telah lama merancang untuk memaparkan iklan di aplikasi messenger ini. Dan sememangnya, Naib Presiden WhatsApp, Chris Daniels, mengesahkan bahawa akan ada iklan yang bakal muncul di aplikasi ini. Iklan-iklan daripada Facebook itu akan muncul di bahagian status WhatsApp.

Advertisement

Status WhatsApp mula dilancarkan awal tahun lepas sebagai satu ciri yang lebih kurang sama dengan aplikasi Instagram dan SnapChat. Ciri ini menjadi sangat popular sehingga melangkaui penggunaan Snapchat.

Ciri ini akan membolehkan anda memuat naik gabungan teks, foto dan video ke profil anda. Status itu akan disiarkan di profil dan boleh ditonton oleh sesiapa yang berada dalam senarai kenalan anda selama tempoh  24 jam sebelum status berkenaan lenyap.

Pemilik asal WhatsApp pada mulanya memang tidak akan dimuatkan dengan iklan tetapi sejak dibeli oleh Facebook, bos-bos baru memikirkan cara dan mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan duit daripada kejayaan WhatsApp yang memuaskan dan iklan adalah jawapan yang terbaik.

Iklan di status WhatsApp akan menjadi mod monetisasi utama untuk syarikat berkenaan. Untuk maklumat anda, monetisasi adalah mengubah atau mengatur sesuatu sebagai satu medium untuk mendapatkan keuntungan.

Kini, WhatsApp mempunyai 1.5 billion pengguna seluruh dunia dan sebab itulah ia merupakan aplikasi milik Facebook yang paling popular dan berharga untuk syarikat itu. Sebab itu jugalah mereka tetap ingin mencari cara bagaimana boleh mendapatkan keuntungan daripada aplikasi ini.

Sebanyak 60 biilion mesej dihantar melalui aplikasi WhatsApp setiap hari dan sebahagian besar daripada itu merupakan perbualan mengenai perniagaan. Untuk status WhatsApp pula, seramai 450 juta pengguna aktif direkodkan setiap hari.

Setakat ini, belum lagi dipastikan bila iklan-iklan itu akan muncul di status WhatsApp anda, dan mungkin akan ada kebaikan dan keburukan kepada pengguna. Tetapi tak perlulah anda terkejut kerana ini ialah cara perniagaan mendapatkan keuntungan.

Sumber: Socialmedia today

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...