Iklan ‘along’ Banjiri Kawasan Kejiranan Elit, Sasar Melayu?

Trending

Iklan ‘along’ Banjiri Kawasan Kejiranan Elit, Sasar Melayu?

Poster yang mengiklankan peminjam wang, sama ada berlesen atau tidak berlesen, semakin membanjiri kawasan perumahan di Lembah Klang.

Advertisement

Menurut FMT, ia lebih ketara di kawasan perumahan yang majoritinya orang Melayu, termasuk di sesetengah kawasan dianggap kelas pertengahan dan elit di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Di Damansara, Sungai Penchala dan Taman Tun Dr Ismail, tiang lampu dipenuhi poster dan iklan pinjaman along merupakan pemandangan biasa. Kebanyakan poster dipaku atau digantung di atas pokok.

Di TTDI, iklan along dilekat di tempat strategik seperti tiang elektrik, stesyen bas dan tong sampah.

Seorang penduduk Damansara, Abdul Hadi Awang, 30, berkata, poster dan iklan pinjaman wang along boleh mempengaruhi orang Melayu meminjam along terutama mereka juga banyak meletakkannya di kawasannya majoriti orang Melayu.

“Saya berpendapat ini mungkin salah satu sebab orang Melayu merupakan golongan yang paling banyak berurusan dengan along.”

Baru-baru ini, sebuah persatuan pengguna mendedahkan peminjam Melayu merupakan golongan paling banyak berurusan dengan along.

Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), daripada lebih 10,000 kes yang ditanganinya, 70% membabitkan Melayu, manakala 5% Cina dan 15% India.

Mohd Radi Zainuddin, 26, dari Sungai Penchala, bersetuju kebanjiran poster dan iklan along di kawasannya mensasarkan orang Melayu, dan mengharapkan tindakan pihak berkuasa bagi mengekang aktiviti itu.

“Saya juga berharap pihak berkuasa menanggalkan poster dan iklan along ini supaya orang Melayu tidak meminjam daripada along,” tegasnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...