Pelakon, Nabila Huda meluahkan rasa teruja apabila dia akhirnya dapat membeli suplimen kesuburan untuk kehamilan di London, United Kingdom, baru-baru ini.
Menerusi ciapan di laman Twitter, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata dia menjadi satu dalam seribu kerana telah berkunjung ke London untuk membeli produk tersebut.
Berbeza pula dengan orang lain yang kebiasaan berkunjung ke luar negara untuk membeli barangan berjenama mewah dan sebagainya.
Orang pergi London beli baju la,branded handbags la, itu ini.. She beli ni.. hahahaha! I’m one in a million ok..
Difahamkan, pil suplimen tersebut merupakan produk makanan tambahan untuk membantu kehamilan dan merupakan jenama nombor satu di United Kingdom.
Meninjau di ruangan balas, terdapat segelintir pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman selepas mengambil suplimen sama dan mengakui keberkesanan produk tersebut.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mendoakan Nabila dan suaminya, Mohd. Izwan dikurniakan cahaya mata memandangkan mereka tidak pernah berhenti ikhtiar.
Info tambahan, Nabila telah berkahwin dengan Zaidy Zailan dan mempunyai seorang anak perempuan tunggal bernama Keisha Laila, namun mereka berpisah pada tahun 2011.
Bagaimanapun, selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Izwan pada 25 Disember 2015 lalu, pasangan itu masih belum dikurniakan anak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.