IKEA Tawarkan Penurunan Harga Untuk Lebih 900 Produk Rumah Sehingga 26 Julai

Trending

IKEA Tawarkan Penurunan Harga Untuk Lebih 900 Produk Rumah Sehingga 26 Julai

Berita baik untuk penggemar perabot daripada IKEA kerana inilah masanya untuk anda membeli-belah sakan di sana. IKEA Malaysia kini mengadakan penurunan harga untuk lebih 900 produk mereka sepanjang bulan ini. Mesti ramai yang dah tak sabar ni kan?

Promosi penurunan harga ini akan berlangsung sehingga 26 Julai 2020 ini untuk pelbagai perabot mereka. Antara yang anda boleh dapatkan sudah pastinya barangan peralatan dapur, kerusi, meja, katil, sofa dan bermacam-macam lagi!

Advertisement

Istimewa untuk ahli IKEA FAMILY pula, anda akan menikmati diskaun tambahan 10% untuk semua barang jualan kecuali tilam semasa membeli-belah di gedung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IKEA Malaysia (@ikeamalaysia) on

Selain daripada penurunan harga perabot, jualan IKEA July 2020 juga termasuk potongan harga untuk hidangan istimewa yang terdiri daripada Salted Egg Fish & Chips, Chicken Balls, Almond Cake, dan Green Salad. Set makanan ini berharga RM26.90 dan tersedia untuk dine-in dan take-away.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai promosi ini, anda boleh layari laman rasmi IKEA Malaysia di sini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...