IKEA Perkenal Pelan Perniagaan Terbaharu, Benarkan Pengguna Sewa Perabot Bermula Bulan Hadapan

Trending

IKEA Perkenal Pelan Perniagaan Terbaharu, Benarkan Pengguna Sewa Perabot Bermula Bulan Hadapan

Syarikat penjual perabot terkemuka dari Sweden, IKEA telah melebarkan sayapnya selepas pembukaan cawangan terbaharu mereka di Manhattan tahun ini.

ikea

Advertisement

Bagi memantapkan lagi perolehan syarikat tersebut, mereka telah merancang beberapa pelan perniagaan.

Antara rancangan yang bakal dijalankan ialah program sewaan perabot. Bagaimanapun jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dalaman IKEA, Torbjörn Lööf, buat peringkat permulaan ini pelan sewaan perabot ini hanya akan dilaksanakan di ibu pejabat IKEA di Sweden untuk memudahkan pemantauan dijalankan.

Peringkat eksperimen ini hanya akan dimulakan dengan sewaan meja dan kerusi sahaja. Tambah beliau lagi, program ini akan membenarkan pengguna untuk menyewa perabot dalam tempoh tertentu.

ikea

Setelah tamat tempoh penyewaan, pengguna dikehendaki untuk menghantar semula perabot dan dibenarkan untuk memilih perabot lain untuk disewa.

Secara tidak langsung, program ini sebenarnya dapat menggalakkan penggunaan semula komponen perabot terpakai untuk mencipta perabot baharu dan mengurangkan pembuangan perabot terpakai.

Sumber Berita: The Vocket

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...