Pada post terdahulu, kami ada kongsikan tentang Burger Cheese hitam oleh Burger King jepun. Nampaknya Mcdonald juga tidak mahu ketinggalan dalam trend burger hitam dengan mengeluarkan burger hitam dimana rotinya dicampur dengan dakwat sotong. Burger Hitam versi McD didatangkan dengan roti dakwat sotong, 2 patties daging, satu keping keju kuning, sos kuning pedas, dan bawang goreng. Burger ini hanya dijual di 3 cawangan McD Shinjuku, Tokyo. Satu biji burger dijual pada harga USD$3.40(RM11.15).