Ikan Peliharaan Mati, Tangisan Lara Alana Undang Sebak Netizen

Hiburan

Ikan Peliharaan Mati, Tangisan Lara Alana Undang Sebak Netizen

Berdepan episod duka apabila ikan laga kesayangannya yang dibela sejak lapan bulan lalu mati, anak kepada pasangan selebriti popular tanah air Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana menangis teresak-teresak.

Advertisement

“Sekarang baru Lara tau, yang we can never be ready for a situation like this.Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang. Masa Auntie Joy bagitau yang Sushi dah takde, Lara tak faham lagi. Lara ingat bila kita feed dia, dia akan hidup balik.”

Biarpun telatah comelnya sebelum ini yang sering menghiburkan para pengikut di laman Instagram, namun perkongsian video tangisannya kali ini mengundang rasa sebak netizen.

Menerusi perkongsian itu, jelas kelihatan bahawa ikan tersebut cukup bermakna buatnya terutama sekali sepanjang berkurung di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, ibu dan bapanya yang terkenal dengan sikap profesional itu dilihat tampil menenangkannya dengan mengebumikan bangkai ikan tersebut sebagai tanda  penghormatan terakhir kerana haiwan juga merupakan makhluk ciptaan Allah.

Sumber: IGTV Lara Alana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...