Berdepan episod duka apabila ikan laga kesayangannya yang dibela sejak lapan bulan lalu mati, anak kepada pasangan selebriti popular tanah air Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana menangis teresak-teresak.
“Sekarang baru Lara tau, yang we can never be ready for a situation like this.Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang. Masa Auntie Joy bagitau yang Sushi dah takde, Lara tak faham lagi. Lara ingat bila kita feed dia, dia akan hidup balik.”
Biarpun telatah comelnya sebelum ini yang sering menghiburkan para pengikut di laman Instagram, namun perkongsian video tangisannya kali ini mengundang rasa sebak netizen.
Menerusi perkongsian itu, jelas kelihatan bahawa ikan tersebut cukup bermakna buatnya terutama sekali sepanjang berkurung di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, ibu dan bapanya yang terkenal dengan sikap profesional itu dilihat tampil menenangkannya dengan mengebumikan bangkai ikan tersebut sebagai tanda penghormatan terakhir kerana haiwan juga merupakan makhluk ciptaan Allah.
Sumber: IGTV Lara Alana