Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan pelakon popular Fattah Amin merakam gelagat isterinya, Amira Othman, yang sedang memasak ketika mereka berada di luar negara.
Rakaman tersebut membuatkan ramai netizen teruja melihat kemesraan pasangan pengantin baru itu. Malah, ramai yang mengakui seronok melihat mereka begitu romantis bersama.
Best lauk ni, pastu letak kicap, ni lauk sempoi orang Johor.
Amira, awak kena rajin memasak untuk Fattah.
Nama sebenar Fattah ialah Abdul Fattah Mohd Amin, seorang pelakon, penyanyi dan model yang mula dikenali selepas menjuarai Hero Remaja 2011/2012. Popularitinya melonjak selepas memegang watak utama sebagai Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.
Selain kerjaya seni, Fattah juga aktif dalam bidang perniagaan dengan mengusahakan Stalkers Cafe dan Expendable Gym di Kota Damansara, selain melabur dalam kosmetik serta hartanah.
Untuk rekod, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Nur Fazura, mereka sah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.
Pada 14 September 2025, Fattah Amin sah bergelar suami kepada pelakon, penyanyi dan pengacara, Amira Othman, dalam sebuah majlis perkahwinan yang ditonton seluruh rakyat Malaysia secara langsung.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.