August 13th, 2020

Tampil menempelak tindakan individu yang seolah-olah memperlekeh peranan seorang wanita yang memilih untuk menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa, pelakon Ika Nabella kini dilihat makin berani mengutarakan pendapatnya kepada umum.

Ika Nabella Tempelak Individu Label Isteri Tak Kerja Sebagai Wanita Pemalas

Ujar Ika, persepsi umum mengenai tugas menjadi seorang suri rumah itu sesuatu yang mudah adalah tidak benar sama sekali.

Ika Nabella Tempelak Individu Label Isteri Tak Kerja Sebagai Wanita Pemalas

“Anda marah tak baca statement ni wahai suri rumah?! Rasa macam nak pijak kan? Tapi inilah hakikatnya suri rumah di mata masyarakat. Depa ingat senang suri rumah.”

Menurutnya, memikul tanggungjawab tersebut amatlah berat. Hal ini kerana, tiada upahan gaji diberikan sepanjang bergelar suri rumah.

“Saya pernah jadi suri rumah. Sepanjang mengandung tak kerja langsung. Sampailah anak 21 hari. Tak bolehlah hidup jadi suri rumah. Pada saya berat. Sudahlah berat, tak bergaji.”

Perkara itu mula marak apabila Ika dilihat berkongsi paparan komen daripada seorang pengguna media sosial yang memandang rendah tugas sebagai seorang suri rumah.

Ika Nabella Tempelak Individu Label Isteri Tak Kerja Sebagai Wanita Pemalas

Biarpun berdepan perkara seperti itu, namun Ika dikhabarkan tidak sedikit pun terkesan dengan kata-kata yang memperlekeh tugas seorang suri rumah.

Ujarnya, mampu memberikan tumpuan penuh kepada keluarga khususnya anak yang sedang membesar, itu sudah memadai.

“Saya lebih risau tak dapat tengok anak membesar depan mata. Risau takut anak sebut perkataan ‘bibik’ sebagai perkataan pertamanya. Takut tak nampak dia merangkak untuk pertama kali.”

Ika Nabella Tempelak Individu Label Isteri Tak Kerja Sebagai Wanita Pemalas

Baginya, beliau tetap bersyukur dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab dan mampu memenuhi keperluannya ketika tidak bekerja.

Untuk rekod, Ika dan suaminya Muhammad Zaid telah melangsungkan perkahwinan pada Julai 2016. Hasil perkongsian hidup itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak bernama Muhammad Noah Zayn yang kini berusia 10 bulan.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...