Ika Nabella Dedah Anak Lelakinya Hidap Penyakit Karotenemia

Hiburan

Ika Nabella Dedah Anak Lelakinya Hidap Penyakit Karotenemia

Mendedahkan anak lelakinya, Muhammad Noah Zayn telah didiagnosis penyakit karotenemia, pelakon Ika Nabella tampil memaklumkan punca penyakit itu adalah disebabkan oleh pengambilan makanan karotin yang berlebihan seperti lobak merah.

Advertisement

Menurut laporan Gempak, perkara itu dikongsi sendiri oleh Ika menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

“Makcik dan pakcik sila doakan @muhammadnoahzayn sihat sempurna. Dia kini didiagnosis sebagai bayi karotenemia atau orang selalu memanggil ‘bayi oren’ kerana pengambilan makanannya. Pengambilan makanan karotin yang berlebihan. Dia suka lobak merah sangat. Phewww. Salah Ibu.”

Namun begitu, Ika menyatakan karotenemia atau jaundis palsu iaitu salah satu jenis penyakit kuning adalah tidak merbahaya cuma ibu bapa wajar merawat perubahan warna kulit anak.

“Tapi jangan risau Noah baik-baik saja, keadaan ini tidak berbahaya cuma Mommy dan Ayah kena merawat perubahan warna kulitnya. Terlalu banyak pigmentasi kuning pada kulit dan peningkatan beta-karotin dalam darah. Sekarang! Tiada lagi lobak merah atau labu! Kita pergi hijau ok dan merah.”

Menjengah ke ruangan komen posting berkenaan, majoritinya mendoakan agar kesihatan anaknya sentiasa terpelihara, malah tidak ketinggalan menitip kata-kata positif agar kanak-kanak itu kembali sihat seperti sedia kala.

Untuk rekod, Ika telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Zaid Aznam pada 30 Julai 2016. Selepas menjalin hubungan bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Otober 2019 di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...